Followers

Thursday, October 18, 2012

PANAS! Siapa Yang Tersenyum Skandal Scorpene Memang ADA??




Dapat perkhabaran gembira bahawa beberapa kerat makhluk yang menghuni Putrajaya sedang tersenyum lebar apabila mendapat berita bahawa skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang kununnya tak ada sebenarnya ada!




Pastinya makhluk tersebut juga manusia seperti kita, tetapi paling penting kerjanya asyik membatu tanpa sepatah pun ayat membela Najib Altantuya terpacul dari mulutnya yang agak lebar!

Bagaimanapun, dalam pada itu, sumber itu juga memberitahu, beberapa pergerakan agak luar biasa berlaku minggu lalu, petanda sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.

Ia dipercayai juga berkaitan dengan skandal kapal selam yang sedang dalam siasatan dua hakim Perancis yang berkuasa penuh memanggil saksi yang telah dipohon Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sejak 19 April lalu, kebetulan pula sama dengan Hari Keputeraan Sultan Perak!

Apa kaitan di antara mahkluk pertama di atas dengan Sultan Perak?

Mengapa Sultan Perak dan bukannya sultan negeri lain?
Adakah kaitan tersebut juga berpunca dari tragedi rampasan kuasa oleh Najib Altantuya pada 4 Februari 2009?

Siapa yang boleh meramal apa yang berlaku seterusnya?

 - Pengarah Suaram, Kua Kia Siong berkata, siasatan mahkamah Perancis bukan untuk campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia, sebaliknya bagi menyiasat dakwaan rasuah kepada mereka yang terbabit dalam urus niaga Scorpene.

“Mahkamah Perancis menjalankan siasatan kerana syarikat yang menjual kapal selam adalah milik Perancis. Mereka mahu menyiasat adakah wujud rasuah atau komisen yang dibayar kepada Malaysia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), semalam.

Pegawai Eksekutifnya, Cynthia Gabriel menjelaskan, kehadiran peguam Suaram ke negara ini bukan bertujuan mencampuri urusan Parlimen, tetapi bagi menerangkan situasi sebenar ekoran berlaku kekeliruan sebelum ini.

Menurutnya, jemputan ke Parlimen Malaysia bukan hanya kepada peguam Suaram, malah undangan turut diberikan kepada peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis, DCNS – Olivier Metzner.

“Jemputan kepada kedua-dua belah pihak supaya penerangan dapat diberikan secara adil dengan mengambil kira pandangan kedua-dua pihak,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini beliau masih belum tahu sama ada peguam DCNS bersetuju untuk datang ke Malaysia atau sebaliknya.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri menyelar sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib, kononnya permohonan Suaram untuk menjadi parti sivil kes itu ditolak.

Fadiah menegaskan, hakim di Tribunal deGrande Instance, Roger Le Loire dan Serge Tournaire telah menerima Suaram sebagai pihak sivil sejak Mac 2012.

“Jika anda telah mengikuti perkembangan kes itu, kita telah memberi keterangan di hadapan hakim pada 19 April lalu. Hakim sebenarnya telah menerima permohonan kita untuk memberi senarai saksi untuk proses mahkamah,” katanya.

Tujuh saksi dinamakan oleh Suaram termasuk Perdana Menteri, Najib Altantuya; Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam; bekas penganalis politik, Abdul Razak Baginda, bapa dan isteri Abdul Razak, Abdul Malim Baginda dan Mazlinda Makhzan serta pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl.



Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.