Isu skandal seks
melibatkan bekas pembantu rumah menteri yang didakwa mendapat kemewahan
luar biasa bakal terbongkar sedikit masa lagi!
Sebuah badan
bukan kerajaan (NGO), Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan
dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan, Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.
“Kita akan
dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes
ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat
kementerian itu petang tadi.
Katanya lagi,
video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman
Robengah di Banjarnegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan
mewawancara beliau.
Banjarnegara terletak di Jawa Tengah dan jaraknya kira-kira 12 jam perjalanan dari ibu negara Indonesia, Jakarta menggunakan kenderaan darat.
“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.
Robengah sebelum
ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia,
seperti mana laporan NGO menjaga kebajikan tenaga kerja Indonesia (TKI)
berpusat di Jakarta, Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .
Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam wakil Jingga 13.
Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais selama lapan tahun.
Fariz
bersama-sama lapan lagi ahli Jingga 13 tiba di pejabat Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada jam 3.30 petang tadi bagi
menghantar memorandum berhubung dakwaan itu.
Menurut Fariz,
berdasarkan pertemuan dengan Robengah dan suaminya, Sukiman, pasangan
tersebut tidak boleh mendedahkan maklumat secara terperinci atas arahan
‘orang besar Kuala Lumpur’.
Memorandum itu,
antara lain menuntut Rais menjawab sumber kewangan Robengah dan sama ada
wujud korupsi sehingga Robengah dibiayai dengan cukup lumayan agar
menarik balik pengakuannya sebelum ini.
Memorandum
berjaya diserahkan kepada Ketua bahagian Pentadbiran Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, M Janagarajan kira-kira jam 4
petang tadi.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.