Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu.
Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya
hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya
terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.
Perdana menteri Najib Altantuya dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar
strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin
dari jawatannya sekarang.
Alasannya?
Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah
mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30
November tahun ini.
Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis.
Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut
agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah
berbanding cadangan Najib Altantuya yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu
pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum.
Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu
tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana
sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil
cuti hujung tahun melancong bersama keluarga.
Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib Altantuya melalui satu
maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan
menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua
atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak.
Najib Altantuya yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah
berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan
Muhyiddin.
Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal
kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam
beberapa bulan lagi.
Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?
Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah
langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan
keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram
selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu.
Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala
siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan
ditentukan kemudian.
Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?
Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang
akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti
siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila
berjaya menyingkirkan Najib Altantuya kelak.
Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.
Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya
Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang
kecewa dengan prestasi Najib Altantuya.
Ok, kita sambung lagi selepas ini.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.