Marah
apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO,
Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN
miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
Ketua
UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang dikenali
sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa Sheikh
Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan.
Ini
perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu
telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Antara
yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib
ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan
tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Dalam
transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib syarikat milik kedua-dua
pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah memperolehi keuntungan RM5 Juta
setelah menjualnya kepada pemaju.
“Adakah begini caranya Pemimpin UMNO
Pulau Pinang memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang?” soal Talib.
“Mereka
sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam
masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang
terpinggir dan merempat di tanah air sendiri”
Dalam
masa yang sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang
menyokong dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
Antara
kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang
telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang
membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan
dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama
pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?
Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..
Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
Untuk
pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang
masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan
biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.