Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini?
Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO.
Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir
diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu.
Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai
kehidupan mewah pemimpin UMNO.
Tapi
kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang
menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu
Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba
UMNO tidak ada sempadan.
Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik
ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen
sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita.
Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat
di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan
kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun
oleh kerajaan Ghani Osman.
Para
pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua
janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya,
selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan
omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan
sebagainya.
Ibrahim Ali
buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia
sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak
fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.
Adakah
kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya
meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan
tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.
Ada
kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih
ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps
setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina
setiap satu seluas 1125kps?
Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang
Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999
tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.
Bilik
air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan
Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah
orang Melayu atau Cina.
Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga
asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi
kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan
Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan
negara!
Setiap
hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur
dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu
didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara
yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.
Orang
Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang
salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia
Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu.
Kalau orang Melayu
mempunyai piawai atau standard
yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk
rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata-
tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak
orang Melayu fikir dan terima.
Marilah
orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa
depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi
dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu
mempertahankan bajet rompak negara 2013.
Enggan, engkar dan angkuh
adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh
tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.
Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.
Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO.
Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan diatas dominasi gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.
Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us.
Kita
menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun
memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu
biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat
UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.
Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?
Yang rakyat akan tahu, bila PR menang,
sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan
UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan
lanun dan perompak.
Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard
UMNO bawah Najib.
Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang
Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin
seperti ini?
Palanivel
kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. he is an Uncle
Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti.
Kita lihat dia
boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau
terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.
Posted by sakmongkol AK47
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.