Followers

Wednesday, October 24, 2012

Menang PRU 13 - Najib Dijadi Duta Mongolia

Najib tak akan dipenjara, tapi jadi duta di Mongolia- Anwar

JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’.

“Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

“Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia,” katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa  agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.
“Pemberian  mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

“Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan ‘edan’, iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila,” katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.

Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38232
MENANG PILIHANRAYA PAKATAN ANGKAT NAJIB JADI DUTA BESAR KE MONGOLIA
Najib tak akan dipenjara, tapi jadi duta di Mongolia- Anwar
 
JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.