Sabah
semakin dalam gengaman Pakatan Rakyat, nampaknya semakin ramai pemimpin
dan tokoh korporat dari negeri dibawah bayu itu sudah meninggalkan BN
dan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Pakatan Rakyat.
Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting
mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain tu empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) turut sama meninggalkan bn yang sudah berpuluh tahun memeras hasil bumi Sabah.
Dan sudah pastilah pemimpin besar dari Sabah ini
membawa ribuan penyokong yang terdiri dari ahli umno dan PBS meninggalkan kapal hampir karam itu.
Kemasukkan Richard dibuat dihadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan
ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard
dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah
di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut
Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan, beliau kini
Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan
kerajaan (GLC).
Tidak
cukup dengan itu Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas
Ketua PBS
Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi,
juga bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun
Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai
dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi juga buat bn makin parah di
Sabah apabila juga telah keluar parti.
Nampaknya
umno Sabah akan berkubur tak lama lagi, puak umno sibuk sangat
menyerang selangor, mereka terlupa perihal Sabah, semoga mereka dapat
terima hakikat bila Sabah kalah nanti.. kah..kah..kah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.