Followers

Monday, October 22, 2012

KISAH HIDUP SEORANG KERABAT DIRAJA (Part 1)


KISAH BENAR - KU ANN @ TENGKU AMRAN MOHAMAD



KISAH BENAR
Kedatangan Sultan Acheh:
Sultan Alang Iskandar Muda (Mahkota Alam) Acheh dilapurkan telah menawan negeri Perak diabad ke 1606 Masehi,  dalam pada abad itulah Puteranya, Temenggong Ageng bersama sama seorang putera dan dua orang Puterinya telah meninggal Sumatera dan berangkat ke Malaya iaitu Perak bertujuan hendak mencari Baginda Sultan Alang Iskandar Muda yang dikatakan pergi berperang bersama sama Bala Tenteranya di negeri Perak.

MENCARI:
Setelah sekian lama Temenggong Ageng bersama Putera dan Puterinya berada di Perak,  Baginda Mahkota Alam tidak juga dapat dikesan kedudukannya,  kesudahan Temenggong Ageng terpaksa membawa Putera dan Puterinya keluar dari negeri Perak setelah keciwa mencari auahanda mereka yang dulunya termashur sebagai Sultan Acheh,  Kerbat dari keturunan Acheh itu samasekali tidak menyangka yang Mahkota Alam sudah bertukar nama sebagai Sultan Abdul Jalil,  Sultan yang memerintah negeri Perak ketika itu.
TUKAR NAMA:

Dari saat itu Temenggong Ageng terpaksa mengubahsuai nama serta anak anaknya dari diketahui atau terdapat sangkaan oleh penduduk setempat yang nantinya menganggap mereka sebagai pendatang asing,  akhirnya Temenggong Ageng bersama keluarganya berpinda ke Pulau Pinang yang membawa kehidupannya sama seperti rakyat biasa.   
Atas kesabaran serta kerja kerasnya tanpa mengira susah payah serta penah lelah yang diharungi setiap saat dan waktu,  akhirnya Temenggong Ageng telah membawa perubahan dalam hidupnya dari yang susah menjadi seorang yang kaya sehingga ia dikenali dan disegani oleh setiap lapisan masyarakat.

Semenjak penawanan negeri Perak pada abad 1606,  Baginda Sultan Iskandar Muda tidak pernah berangkat pulang ke Sumatera dan berita pengabarannya juga langsung tidak diketahui oleh kaum kerabatnya di Sumatera,  semenjak Baginda menjadi Raja yang menakluki negeri Perak.

JODOH PERTEMUAN:
Anak bongsu Temenggong Ageng iaitu Puteri Udoh telah dilamar dan berkahwin dengan kerabat Perak iaitu Tengku Muhammad Shah ketika Puteri Udoh berusia terlalu muda.   
Hasil perkhwinan Putera dan Puteri tersebut tidak langsung diusul pereksa akan Salasilah keturunannya oleh kedua belh pihak sebelum upacara pernikahan berlangsung,  apabila terjadi perkahwinan dn setelah diistiharkan pasangan suami isteri dan sehingga lah pasangan tersebut sudah dikurniakan seorang Putera bernama Tengku Amran @ Ku Ann dan ketika Tengku Amran berusia dua tahun,  timbul lah permasaalahan besar yang mengganggu perasaan Puteri Udoh.

Lama kelamaan keretakan rumahtangga Putera dan Puteri tersebut pun berlaku secara tiba tiba tanpa diduga,  oleh kerana terdapat kaum kerabat yang sudah mengetahui kisah sebenar tentang tali perhubungan antara pasangan Diraja yang dikatakan berkait sebagai perkahwinan diantara Bapa saudara dengan anak saudara sendiri,  kedua duanya dari sebelah Bapa yang boleh dikaitkan sebagai Wali Nikah.
TAKDIR:
Setelah Almarhum Sultan Abdul Jalil mengkat atas perbuatan khianat golongan yang mahu mengambil alih Takhtanya,  sekali lagi timbul permasaalahan yang amat mengelirukan dan mengecewakan diri kedua pasangan Diraja tersebut.   
Disamping menggugat ketenteraman rumahtangga mereka setelah sekian lama berkahwin,  disebalik ketiadaan Almarhum Sultan Abdul Jalil,  desas desus ada golongan yang telah menceritakan tentang perkahwinan Almarhum Sultan Abdul Jalil dengn seorang gadis kebanyakan sehingga Baginda dikurniakan bernama Tengku Muhammad Shah.
MERAJUK:
Diawal tahun 1946,  setelah Puteri Udoh mengetahui tentang perkahwinan dengan Bapa Saudaranya sendiri yang dianggap wali nikah,  betapa hancur dan sedihnya hati dan perasaan Puteri Udoh hinggakan Puteri Udoh terfikir suatu saat nanti dia tidak relah lagi didekati atau disentuh oleh suami sendiri.   
Hari demi hari Puteri Udoh banya termenung memikirkan apa yang harus dia buat.   
Puteri Udoh mengambil keputusan yang sudah tidak dapat dipujuk oleh sesiapa pun untuk meninggalkan suami serta Putera kesayangannya Tengku Amran.
Suasana sedih dan pilu ketika itu Puteri Udoh sudah nekad biar pun kasih sayang terhadap suami serta Putera tunggalnya tidak patut dipisahkan.   Apakan daya hatinya sudah hancur dan cukup kecewa terhadap apa yang menimpa dirinya.   
Lalu Puteri Udoh memohon pergi jauh dari suaminya tanpa kembali lagi walau apa pun terjadi keatas dirinya,   dia pergi dan terus pergi menghilangkan diri.
SAKIT:

Selang beberapa hari slepas Puteri Udoh pergi,  keadaan Tengku Muhammad Shah sudah nampak terselah dengan penyakit rindunya,  dia meninggal dunia secara mengejut.   
Kematiannya disedaro oleh jiran jiran tetangga yang mendengar tangisan Putera seumur jagong itu.   Jiran pula tidak dapat menghubungi saudara mara kerana tidak siapa yang mengetahui tentang persaudaraan mereka.
Entah siapa yang simpati dan terus membawa sianak tanpa itu dan bapa pergi ke suatu destinasi yang tidak diketahui kemana.
Akan bersambung..........
Catitan: Ku Ann @ Tengku Amran Muhamad Shah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.