Followers

Monday, October 22, 2012

Keputusan Mahkamah, Bukti Kerajaan UMNO/BN Rampas Tanah Orang Melayu


Pemimpin-pemimpin UMNO sering mendakwa bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan membela nasib bangsa Melayu di Negara ini..


Malah mereka juga sering menakut-nakutkan penyokong mereka dengan momokan kononnya jika kuasa mentadbir Negara terlepas dari tangan UMNO, maka Melayu akan terpinggir..
 

Penyokong mereka diperbodohkan agar terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka itu jelas terpalit dengan berbagai masaalah..


Kerana terpedaya melaunglah penyokong mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!
 
Dimanakah apa yang dikatakan sebagai membela nasib Melayu itu jika tanah milik Melayu di rampas oleh UMNO sendiri?


UMNO MEMBELA atau MEMBELA+SAH MELAYU? 


PAS BERI, UMNO RAMPAS - AKHIRNYA KEBENARAN TERSERLAH...
 

KUALA TERENGGANU – Mahkamah rayuan memutuskan kerajaan negeri diarahkan membayar pampasan ke atas kes-kes tanah pemberian kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, setelah ia dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).


Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abddul Rashid, pada zaman pemerintahan kerajaan PAS, kerajaan telah memberi ribuan lot-lot tanah pertanian dan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri Terengganu.
 
Katanya, tanah-tanah tersebut diberi syarat Tanah Menduduki Sementara (LMS – TOL) bagi memasstikan ianya diusahakan dan dibangunkan dalam masa tiga tahun sebeelum diberi milik kekal.


Malangnya, kata beliau, apabila kerajaan PAS jatuh pada tahun 2004, tanah-tanah tersebut telah dirampas oleh Umno dan BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.