Seorang
penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir"
dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini
secara haram dari selatan Filipina.
Surirumah
berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu
berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.
"Saya
merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya
pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata
Fawziah dalam laporan itu.
Fawziah
juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang
warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.
Projek
berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah
kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai
simpanan tetap untuk undi kepada BN.
Laporan
itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti
di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga
10 daripada 25 kerusi parlimen.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.