Isu RM40 juta yang dirampas oleh penguasa Hong Kong beberapa ketika
dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya di Sabah dan seluruh negara
amnya. Musa yang dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya
yang wang sejumlah itu bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada
parti UMNO yang sehingga hari ini tidak diberitahu siapakah
penyumbangnya.
Nazri Aziz telah menjawab isu ini di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO.
Peguam Negara pun telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak ada kes terhadap Musa Aman.
Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.
Saya selalu berkata rakyat tidak perlu membuat apa-apa tindakan kerrana di negara ini yang berkuasa adalah kumpulan yang sentiasa terlepas dari tuduhan.
Mereka mempunyai kuasa dan tidak ada siapa yang boleh membuktikan pembabitan mana-mana pembesar negara kerana mereka adalah ‘supreme’ dan tidak boleh dibawa tengah oleh sesiapa juga termasuk Peguam Negara kita yang begitu ‘controversial’ imejnya dimata rakyat bukan sahaja ralyat tempatan tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Undang-undang digubal bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk menutupi kebenaran.
Mereka yang berkuasa menggunakan undang-undang untuk kepenting pihak yang berkuasa dan berpengaruh. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi mengambil tindakan melalui undang-undang tetapi sebaliknya mahu mengambilnya dengan cara politik.
Maka rakyat sudah begitu ramai yang telah memutuskan untuk membetulkan keadaan ini dalam pilihanraya yang akan datang.
Jika kita hendak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjenayah rsuah ini mungkin ia memakan masa lima puluh tahun untuk menyelesaikan semua kes-kes ini.
Setiap peringkat kerajaan BN hari ini disaluti oleh budaya rasuah yang tidak mungkin dapat di selesaikan sampai bila-bila jika mereka yang berkuasa sekarang ini masih berkeliaran di Putrajaya itu.
Masing-masing dalam kerajaan pada hari ini tidak mahu mengambil tindakan kepada sesiapa termasuk mereka dalam badan undang-undang. Masing-masing mempunyai saham dalam kegiatan rasuah ini.
Cara terbaik ialah dengan mengambil alih pentadbiran dengan cara terhormat ia itu melalui pilihanraya yang bakal tiba ini. Jika ‘legal cheating’ oleh pihak BN dapat di elakan, ramai berkeyakinan yang BN akan duduk dipihak pembangkang selepas sahaja pilihanraya ini berlaku.
Ibarat bermain gasing, bergilir-gilir memusing dan memangkah. Selama ini hanya pembangkang sahaja yang memusing dan dipangkah oleh BN sejak 55 tahun dahulu. Kali ini biarlah BN pula yang memusing dan PR pula yang memangkah.
Sesungguhnya isu Musa Aman ini akan selesai jika rakyat Sabah yang sedar mampu bersatu untuk menolak parti yang beliau pimpin si sana. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.