Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.
Dalam
ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara
berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan
menggunakan cat dan batu.
"Kita
naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik
jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka
balik.
"Memang
ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia
tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam,"
katanya.
Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.
Isu
berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan
modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet
(Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif
Pakatan.
"Seolah-olah
dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya jet?," kata Anwar lagi dalam
majlis yang turut dihadiri oleh menteri besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota exco negeri.
Dalam
program bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, Anwar turut menerima
borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan tersebut.
Kampung
berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar negeri Selangor yang
dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anwar.
Selain
Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan pemimpin Pakatan itu akan
mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat, Banting, Klang, Ijok dan
terakhir di Shah Alam.
Beliau
juga dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan
Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.