Oleh : CHRIS MASKILONE
KOTA
KINABALU: Pemegang Kad Pengenalan (KP) palsu kini menyusup masuk ke
dalam Daftar Pemilih, kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip
Bumburing.
Beliau berkata ini
terbongkar baru-baru ini apabila seorang Ielaki yang ditahan kerana
memiliki KP Palsu didapati merupakan seorang pengundi di lnanam seperti
tercatat dalam Daftar Pemilih.
Perkara
ini berlaku meskipun pengumuman berulang kali oleh Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) bahawa mereka yang memililki KP Palsu tidak mungkin didaftar
sebagai pengundi, katanya dalam ceramahnya di sebuah forum yang
dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Sabah di Hotel Airport View, di sini pada
Sabtu.
Bumburing yang juga Ketua Angkatan Perubahan Sabah (APS) mendakwa Pegawai PoIis dari
Sabah yang bekerja di Semenanjung memberitahu beliau bahawa dua orang
pemegang KP Palsu dengan alamat Sabah telah ditangkap di sana.
"Persoalannya
ialah bagaimanakah KP Palsu boleh melepasi pemeriksaan imigresen? Ini
hanya boleh dilakukan jika terdapat kerjasama tertentu," dakwanya
menambah beliau terpaksa memilih kata-kata dengan cermat.
Bumburing
berkata janji utama yang diberikan kepada rakyat Sabah setelah
pembentukan Malaysia adalah kerajaan mesti melindungi rakyatnya.
Bagaimanapun,
ini bukan hakikatnya kerana bilangan pendatang tanpa izin yang semakin
meningkat, yang kemudiannya diberikan kerakyatan negara ini sebenarnya
mengancam keselamatan rakyat biasa.
Beliau
juga berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap pendatang tanpa
izin sahaja mungkin tidak cukup kerana berdasarkan pengalaman lalu,
nampaknya kerajaan boleh memilih sama ada mereka mahu mengambil tindakan
susulan penemuan siasatan RCI itu.
Sehubungan
itu, Bumburing berkata Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah peluang terbaik
dan terakhir bagi pembangkang mengubah kerajaan.
Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah, Dr Edwin Bosi berkata nasib kaum Kadazandusun umpama Badak Sumbu Sumatra yang terancam.
Beliau
berkata pada 1931 terdapat 90,257 Kadazandusun atau kira-kira 42
peratus daripada penduduk berjumlah 214,729. Pada 1963 masyarakat ini
merupakan 43 peratus daripada penduduk tetapi pada 2010, Kadazandusun
hanya 17.8 peratus daripada penduduk Sabah berjumlah 3.12 juta.
Dalam
ceramahnya bertajuk ‘Impak Pendatang Tanpa Izin Terhadap Kadazandusun
Sabah'; beliau berkata Kadazandusun telah kehilangan kelebihan
politiknya dari segi bilangan.
"Peluang itu kini sudah hilang apabila beribu-ribu pendatang tanpa izin disahkan dan ramai antaranya kini berdaftar untuk mengundi. Kadazandusun sekarang hanya sesuai untuk duduk di kerusi pembangkang," katanya.
"Mereka
bukan lagi kumpulan etnik terbesar di Sabah dan mereka tidak mempunyai
banyak kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang boleh mereka
kuasai. Dewan Undangan negeri yang diperluaskan daripada 48 kepada 60
telah diolah untuk memperolehi majoriti Islam di dalam Dewan undangan
Negeri.
"Masyarakat
Kadazandusun mempunyai kira-kira 18 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7
kerusi parlimen. Walaupun Kadazandusun berpakat dengan masyarakat Cina,
mereka hanya cukup baik untuk menjadi pembangkang kepada UMNO di Sabah,"
katanya.
Satu-satunya
harapan masyarakat Kadazandusun adalah kebangkitan pribumi-Islam iaitu
Bajau dan Irranun yang hak dan keistimewaan mereka juga terjejas oleh
apa yang dikenali sebagai bumiputera baru di Sabah.
Berdasarkan itu, satu-satunya harapan
Kadazandusun adalah bersatu dan menyokong Pakatan Rakyat. Pemimpin
Kadazandusun mesti berani berjuang bagi hak masyarakat dalam rangka
kerajaan Pakatan Rakyat.
"Apabila bercakap mengenai Kadazandusun, Pilihanraya Umum ke 13 ini bakal menjadi penentu bagi masyarakat ini," katanya.
Ketua
Biro Pembaharuan Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr
Chong Eng Leong mendakwa bahawa berdasarkan penyelidikannya terdapat
hampir sejuta pemilih berdaftar dalam Daftar Pemilih Sabah, kira-kira
200,000 mempunyai dokumen pengenalan yang meragukan.
Dr
Chong juga mengkritik terma rujukan RCI, yang katanya tidak menyebut
apa-apa tentang tindakan yang akan diambil terhadap pesalah terlibat
dalam pengeluaran KP kepada pendatang asing tanpa izin.
Dalam hal ini, beliau mengesyorkan beberapa tindakan untuk RCI iaitu:
l.
Panggil bukan sahaja agensi kerajaan seperti jabatan Pendaftaran
Negara, Polis, Jabatan Imigresen tetapi juga bekas tahanan ISA yang
terlibat dalam komplot KP ini (seperti Hassnar Ibrahim, Jabar Khan,
Yakup Damsah), Suhakam, NGO yang mengetahuinya serta individu seperti
penulis buku Mutalib M.D. Panggil Ketua dan Bekas Ketua KWSP dan Perkeso
yang tahu mengenai pencarum hantu untuk memberi keterangan dan terima
sesiapa yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan;
2.
Bukan sahaja menyiasat tetapi (i) menyelidik mereka yang
bertanggungjawab dan berkuasa mengesyorkan tindakan yang wajar diambil
terhadap mereka, dan (ii) mengesyorkan semakan kerakyatan warga Projek
Mahathir ini serta tindakan susulan: -
Usir semua warga asing tidak berdokumen.
Siasat bilangan pendatang asing yang diberikan status Pemastautin Tetap
di Sabah dan syor sewajarya termasuk menggunakan Laporan IGC terhadap
Imigresen dan tindakan susulan:
Menyarankan untuk menghentikan pengeluaran IMM13 atau status pelarian
kepada warga Filipina, menyemak status mereka dan bertindak sewajarya;
Pekerja asing dengan permit mesti tidak disertai tanggungannya.
Rasuah dalam agensi berkenaan ditangani dengan serius- menanam
patriotisme dalam hati rakyat kita khasnya kakitangan agensi tersebut.
Bagi warga asing yang tidak boleh diusir, pertimbangkan untuk mengageh
mereka sama rata ke seluruh Malaysia atau negara dunia ketiga.
Siasat bilangan pendatang asing yang berdaftar dalam Daftar Pemilih dengan tujuan memadamkan nama mereka sebelum pilihanraya berikutnya. (DE)
|
Followers
Sunday, October 7, 2012
BAGAIMANA PEMEGANG KP PALSU LEPASI IMIGRESEN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.