Siapa
yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri
seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi.
Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh golongan
VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri. Mereka ada
pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan
kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu
memberikan wang.
Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya.

Tidak perlu saya jelaskan siapa
mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi
dalam golongan elit. Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak
dengan perkara negatif begini.
Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala
Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih
jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa
panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej
saya.
Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara
untuk memberi maklum balas dan reaksi.
Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya.
Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya.
Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan
merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa
saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi
permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.
Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain,
walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya
juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila
menolak pelawaan mereka.
Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur.
Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur.
Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana
karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang
mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah
lagi minum arak.
Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya
sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak
jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan
saya.-Neelofa.
Cananglahnie
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.