PERMATANG PAUH: Seramai
50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah
serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan
keluar parti.Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53,
tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan
langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain
kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk
memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.
"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang
dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24
September lalu.
"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang
pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo
di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup
membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya
bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa
lain.
Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya
dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib
orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.
Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik
menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar
apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.
"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil
perlakuan kepimpinan Umno sendiri. Mereka beralih juga disebabkan
selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang
sebenarnya, " terang beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.