Adam Shazrul Mohd Yusoff |
SEREMBAN: Empat mak nyah kelmarin gagal mencabar Seksyen 66 Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang menghalang mereka berpakaian
wanita.
Permohonan semakan kehakiman yang dibuat Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25
tahun; Shukor Jani, 26 tahun; Wan Fairol Wan Ismail, 28 tahun; dan Adam
Shazrul Mohd Yusoff, 26 tahun; ditolak Mahkamah Tinggi di sini, atas
alasan seksyen itu sah.
Keempat-empat mereka yang bekerja sebagai mak andam memohon Mahkamah
Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu tidak mempunyai kesan dan
tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau
mempunyai kecelaruan identiti jantina.
Mereka juga mendakwa seksyen itu melanggar Perkara 5 Perlembagaan
Persekutuan, berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan
memilih.
Menurut peguam pemohon, Encik Aston Paiva, keempat-empat anak guamnya
itu mempunyai laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang
mengesahkan bahawa mereka ini secara psikologi mempunyai lebih sifat
kewanitaan berbanding lelaki.
Dalam keputusannya kelmarin, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad, berkata
Seksyen 66 tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana
digubal mengikut bidang kuasa negeri dan sah digunakan.
"Kesalahan yang dilakukan pemohon di bawah seksyen tersebut adalah
terpakai kerana badan perundangan negeri mempunyai kuasa menguatkuasakan
undang-undang ini kepada orang Islam dan perkara tergolong kesalahan
dalam ajaran Islam.
"Malah, ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya
digubal atas bidang kuasa Kerajaan Negeri dan kesalahan yang dilakukan
pemohon iaitu orang yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan,"
katanya yang ditukil Sinar Harian.
Menurutnya, semua pemohon dilahirkan sebagai lelaki walaupun melakukan
pembedahan apabila meningkat dewasa tetapi mereka harus menyedari bahawa
mereka beragama Islam.
Katanya, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof AHmad, turut memberi pendapat berhubung tindakan lelaki memakai pakaian wanita.
"Mufti memberitahu seksyen yang diperuntukkan adalah sebahagian ajaran
Islam dan wajib untuk seseorang itu mematuhinya. Mufti turut memetik
hadis Rasulullah yang melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang
menyerupai lelaki. Kata mufti, apa juga perintah mesti diterima,
dipatuhi dan tidak melanggarnya," kata Datuk Siti Mariah, yang ditukil
Berita Harian Malaysia.
Beliau turut meminta pihak berkuasa agama memberi kaunseling kepada
golongan mak nyah itu dan berhemah dalam menjalankan tindakan
penguatkuasaan.
Mufti turut memetik hadis Rasulullah yang
melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
Kata mufti, apa juga perintah mesti diterima, dipatuhi dan tidak
melanggarnya.
- Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad
Warta Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.