Followers

Thursday, September 13, 2012

UMNO DAN RAHSIA SULTAN AZLAN SHAH - Oleh: Uncleseekers 111

 

Dimana letaknya hukum hakam dari pengertian Mazhab Imam Shafie yang meriwayatkan harta peninggalan atau pusaka keturunan berupa apa sekalipun, hendaklah diwarisi oleh keturunan asasl dan ianya tidak boleh diambil alih oleh mana-mana pihak yang tidak ada kaitan dengan keturunan tersebut, demikian perintah Allah Subhanahu wataala kepada umatnya.

Dalam senario ini disebut Sultan Azlan Shah atau nama asalnya Mohd. Hattan bin Hashim berupa seorang anak angkat kepada Almarhumah Puan Khatijah Ahmad yang diambil dari umur setahun jagung oleh Almarhumah bekas isteri keempat kepada Raja Yusof Izuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah yang mangkat pada tahun 1857 dan bukannya dari zuriat keturunan yang boleh diberi hak kepadanya.
 
Saya perkatakan Dewan Negara Perak telah tersalah pilih atau sengaja membelakangkan Artikal Raja-Raja Melayu asal dengan menobatkan Raja Azlan Shah atau Mohd. Hattan bin Hashim sebagai pengganti Almarhum Sultan Idris Iskandar Shah yang tidak sepatutnya dibuat oleh Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib atas sokongan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahahthir Mohamad. Ini berlaku berdasarkan Tan Sri Ramli Ngah Talib sepelajar dengan Raja Azlan Shah semasa di London mengambil jurusan perundangan yang boleh dianggap mereka mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat rapat.


Kerana itu Tan Sri Ramli Ngah Talib tidak perlu mencari pewaris lain untuk dinobatkan sebagai Sultan walaupun beliau mengetahui Raja Azlan Shah bukan anak raja sebenar cuma mengguna pakai nama dan di binkan atas nama baginda Raja Yusof Izuddin Shah tanpa direstui oleh baginda sendiri.


Antara saya dengan Raja Azlan Shah adalah saudara berlainan darah dan sama-sama dipelihara oleh Almarhumah dan tinggal dalam satu bumbung. Saya berdarah raja dan Raja Azlan pula anak orang biasa yang mana kedua ibubapanya pernah bekerja di Istana Hinggap Bukit Gantang Taiping suatu ketika dahulu. 
 
Dari sana Raja Azlan diambil atas restu kedua orang tuanya untuk dijadikan anak angkat yang ketika itu Almarhumah mempunyai seorang putera bernama Raja Baharom Shah hasil perkongsian perkahwinan Almarhumah Puan Khatijah Ahmad dengan Almarhum Raja Yusof Izuddin Shah memandangkan ketika itu Raja Baharom Shah sedang mengidap penyakit kurang siuman.

Pada tahun 2004 selepas saya kembali dari Indonesia, saya telah mengemukakan tuntutan hak sebagai pewaris Kesultanan Perak menerusi Istana, Dewan Negara dan seterusnya ke Majlis Raja-Raja Melayu Malaysia tetapi tidak pernah berjawab, rayuan demi rayuan telah dibuat tetapi tidak juga dijawab. 
 
Laporan polis juga telah dibuat bagi mendapatkan semula hak saya sebagai seorang pewaris kepada Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al Mukhataram Shah (Iskandar Muda).
 
Sehingga kini pihak istana berdiam diri dan saya terpaksa mengeluarkan kenyataan menerusi media massa seperti Berita Harian dan akhbar Kosmo yang memaklumkan saya masih hidup bukannya sudah mati seperti yang pernah dilaporkan oleh Raja Azlan Shah selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah pada tahun 1984 sebelum Raja Azlan dinobatkan sebagai Sultan.


Apabila kenyataan ini dihebahkan menerusi media massa berulangkali, pihak istana diarah oleh Sultan membuat sekatan terhadap saya dengan memberi sogokan yang tidak diketahui berupa apa. 
 
Peguam-peguam dalam sekitar Kuala Lumpur juga telah diberi peringatan supaya tidak menerima saya sebagai pelanggan bertujuan untuk membuat tuntutan selain menggunakan khidmat bomoh dan pawang-pawang untuk membinasakan sehingga saya mendapat sakit yang begitu berat selain menghantar orang-orang upahan mencari saya tujuan mahu menghapuskan saya dari muka bumi.
 
Tak dapat membinasakan saya, anak buah saya Raja Izuddin Shah pula menjadi mangsa penganiayaan pihak istana menerusi beberapa kroni dengan membuat sesuatu yang boleh saya kira boleh menghapuskan seluruh keturunan saya dengan apa cara sekalipun tujuan menghidupkan generasi keturunan baginda, dimana letaknya keadilan?


Mengapa dalam semakan kehakiman Mahkamah Tinggi oleh Yang Arif Hakim Dato abdul Kadir Musa tidak menjelaskan artikel sebenar mengikut undang-undang berbentuk restropektif yakni yang boleh berkuatkuasa kebelakang dan ianya boleh digunapakai sekiranya ia hanya untuk prosedur dan pemakaian sama sekali tidak sah jika ianya untuk substantiation kerana ia didapati bertentangan dengan “Law of Natural justice and Equity”.


Oleh sebab itu saya mempersoalkan nasib diri saya serta keturunan sealiran iaitu Raja Izuddin Shah sebagai penerima nasib sama yang telah teraniaya oleh tindak tanduk sekumpulan kroni Sultan Azlan Shah termasuk Dato Seri Tajol Rosli, Menteri Besar, Dato Ayop Hashim dan Dato Raja Mansor Raja Razman yang diketahui telah memaksa Raja Izuddin Shah meletak jawatan sebagai Raja Kecil besar pada 12 Oktober 2006 dengan alasan bankrup setelah 20 tahun menduduki tangga pewaris dengan menawarkan ganjaran RM15,000 sebulan mulai tahun 2008.


Ini saya kira suatu keputusan yang dianggap membalas dendam oleh Dato Seri Tajol Rosli terhadap keputusan Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah pada tahun 1963 yang telah membuang bekas Menteri Besar Perak Dato Haji Ghazali Jawi daripada jawatanya. 
 
Setelah menganalisis setiap butiran yang dimuatkan kedalam internet disamping mengkaji setiap fakta yang menjadi tercetusnya suatu perbuatan menganiaya sehingga terlucutnya kedudukan anak buah saya yang tidak sepatutnya diperlakukan terhadap dirinya yang saya anggap suatu pakatan berupa hasutan dan sebagainya dengan menggunakan Sultan Azlan Shah sebagai penentu telah membuat suatu keputusan tanpa mengambilkira soal maruah seorang kerabat diraja dari keturunan berdaulat yang tidak sepatutnya diperlakukan diluar bidang kuasa tubuh kerajaan tanpa mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli majlis yang saya kira ia sudah dilindungi oleh kekebalan raja-raja melayu semenjak dahulu lagi.

Andaian yang saya buat pula mengapa Dewan Negara Negeri Perak tidak melucutkan gelaran Sultan yang disandang oleh Raja Azlan Shah kerana baginda bukan dari keturunan raja sebenar. Ini perlu saya perkatakan ibu saudara saya, Almarhumah Puan Khatijah Ahmad semasa menjadi isteri keempat kepada almarhum sultan Yusof Izuddin Shah telah mengambil Mohd. Hattan bin Hashim menjadi anak angkat dengan diberi nama Raja Azlan Shah yang difikirkanya ada bersama dengan nama Raja Baharom Shah dengan dibinkan atas nama Raja Yusof Izuddin Shah.


Saya mempersoalkan dimana tanggungjawab Dewan Negara Perak yang diamanahkan oleh rakyat bagi melaksanakan pentadbiran dengan baik dan sempurna dan bukan tujuan yang boleh menggugat nama baik seluruh Negeri Perak. 
 
Kini segala-galanya sudah menjadi bibit-bibit pertanyaan seluruh rakyat yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam negeri masa kini seperti yang rakyat mengetahui dalam internet.

Berdasarkan maklumat yang tersebut, saya harap pihak Badan Pencegah Rasuah harus tampil membuat siasatan terhadap dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja Razman Hashim, Setiausaha dewan Negara Negeri Perak dan Dato Raja Mansor Raja Razman, Pengelola Diraja yang dianggap terbabit dengan perlucutan Raja Kecil Besar yang disandang oleh anak buah saya Raja Izuddin Shah selain menafikan hak saya sebagai anak raja berdaulat dari keturunan Sultan Abdul Jalil Nasiruddin al Mukhtaram Shah (Iskandar Muda)


Sekian, Wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Tg. Amran Tg. Mohammad Shah.
Yang DiPertuan

Raja Alam Minangkabau.

 Sumber - Media Perak
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.