Followers

Saturday, September 15, 2012

TERKINI! Bekas Bendahari Umno-APCO Sabah SAH Sertai PKR!

 


Bekas bendahari Umno-APCO Sabah yang juga Pengerusi Sabah Port Sdn. Bhd. Ibrahim Menudin mengisytiharkan secara rasmi keluar dari parti itu dan menyertai PKR.

Pengumuman tersebut dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta ribuan hadirin yang berada di tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat, Kampung Tanjung Aru, Labuan sebentar tadi.
.
Perkara itu disahkan sendiri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menyaksikan majlis yang kini sedang berlangsung.

"Sepertinya macam itu ... tapi kita akan maklumkan lagi," kata Azmin.

Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding yang menguasai Sabah Port yang dimiliki kerajaan.

"Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting," jelas mesej Azmin dalam Twitternya pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Sabah dan Labuan hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, mengikut jejak langkah Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran serta ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihanraya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung.

Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula kini memiliki empat kerusi termasuk Kota Kinabalu dan Bandar Kuching.

Ibrahim dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau antara pengasas terawal yang membawa Umno-APCO ke Sabah tetapi hari ini beliau tidak rasa terkilan meninggalkan parti yang sudah teruk dicemari rasuah.

Tambahnya lagi, Labuan sebagai pusat kewangan pesisir antarabangsa kini berada dalam keadaan teruk akibat BN yang tidak bersungguh-sungguh menyediakan segala prasarana yang memuaskan hinggakan pelabur kini sudah perlahan-lahan meninggalkan pulau bebas cukai itu.

Beliau pernah memegang jawatan di DUN Sungai Sibuga, DUN yang kini diwakili Ketua Menteri, Musa Aman selain bertindak sebagai penggerak utama Umno-APCO di negeri tersebut.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.