Adoih .. mamat ni .. kalo ia pon nak beli nombor jangan le pakai baju parti keramat tu, kan dah tak memasal kena captured red handed.. skang sape yang malu ?? amenoooo jugak.. kah kah kah kah. Sumber Foto : Facebook
UMNO dan Sports TOTO
Sports Toto Malaysia diasaskan
pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat berkenaan ialah Unilite
Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun 1987 ia ditukar
nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada
tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya
Sports Toto Berhad.
Sehingga kini Sports Toto
mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat
perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun
1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara
berkenaan.
Syarikat ini adalah merupakan
anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad yang dimiliki oleh Tan
Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad.
Berdasarkan carian yang dibuat
Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga Setiausaha Kerja Umno
Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham di dalam
Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.
Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.
Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.
Selain itu, Sports Toto Malaysia
juga mempunyai dua pengarah yang merupakan bekas pegawai kanan Polis
Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan beragama Islam. Mereka
ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.
Selain dua bekas pegawai kanan
polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi pengarah syarikat di
bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam Sports Toto
Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang
menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di
dalam Sports Toto.
Manakala dua lagi pengarah
Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis masing-masing menjadi
pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 saham di dalam
Sports Toto.
Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.
Sumber : PASPB
Sumber : PASPB
Weyh mamat ... Lain kali kena pakai dressing camni kalo nak menikam .. walaupun baju tu masih lagi dikira sinonim ngan melayu .. tapi masih dikira hanya satu persepsi .. taklah dituduh terang terang ameno nya .. kah kah kah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.