Tulang Besi terpanggil untuk memberi komen berkaitan dengan isu penaja SUARAM dan kaitan dengan dana Soros.
Dituduh
bahawa SUARAM mendapat dana dari luar negeri yang bersumber dari George
Soros. Dana tersebut digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan
Nasional. Serangan terhadap SUARAM ini juga lantaran tindakan nekad
SUARAM menyaman kerajaan Malaysia di atas pembelian kapal selam SCORPENE
yang penuh dengan korupsi itu.
Bagi
Tulang Besi, kalau mahu menyiasat pengaruh Soros dalam politik
Malaysia, jangan hanya dihadkan kepada PKR dan SUARAM sahaja. Pihak
polis harus memanggil jug Dr Mahathir Muhammad untuk siasatan.
Ini kerana Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas.
Malahan,
Dr Mahathir perlu disiasat di atas penipuan beliau terhadap rakyat
Malaysia. Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gegak
gempita menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa
Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk
menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan
sandiwara Dr Mahathir.
11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan di bawah:
"You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed.
"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak.
"...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir.
Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:
"They are now declared friends, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace."
TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"
Sebagai
rakyat Malaysia, saya rasa tertipu. Tampaknya seperti serangan kepada
Soros pada 1997 itu hanya sekadar lakonan dan sandiwara Dr.Mahathir bagi
tujuan menutup kelemahan sendiri.
Seeloknya Dr Mahathir harus disiasat dahulu sebelum SUARAM. Itupun kalau ada keadilan di Malaysia ni lah.
Tulang Besi
ps lagi gambar Soros dengan Dr Mahathir
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.