Peh, konfiden tersangat-sangat beb.Macam dah yakin sangat nampaknya
dapat rampas semula, tapi benarkah begitu?
Dengan nada separa angkuh
bercampur separa yakin, Barisan Nasional (BN) negeri Perak mengekalkan
tradisi apabila memutuskan kerusi Parlimen Gopeng kekal ditandingi oleh
MCA sebagai calon BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti, kata
Pengerusinya, Zambry Kadir.
Beliau berkata Gopeng yang mempunyai majoriti
pengundi masyarakat Cina itu akan diwakili oleh calon BN dari MCA dan
yakin calon yang dikemukakan parti tersebut mengambil kira semua faktor.
"MCA akan mewakili BN dan saya yakin kali ini MCA akan meletakkan calon yang berwibawa, kerusi ini kita akan pastikan kembali kepada BN pada pilihan raya akan datang. (Kerusi) itu adalah kita (BN) punya tradisi, saya tidak mahu membuat spekulasi, kita mahu teruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gopeng.

Zambry yang juga Menteri Besar Haram
Perak berkata beliau sentiasa mengikuti perkembangan bahagian Gopeng dan
berpuas hati dengan perpaduan antara anggota Umno serta komponen BN
lain kerana apa yang lebih penting adalah persiapan bagi memenangi
pilihanraya umum kelak.
"Kita mahu pastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah, kita tidak akan calonkan mereka yang bermasalah, saya yakin apa yang dikemukakan presiden parti akan mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon," katanya.

Beliau berkata pada dasarnya adalah penting untuk melihat sama
ada rakyat menyokong atau tidak calon berkenaan kerana rakyat mempunyai
pandangan dari sudut yang berbeza-beza terhadap seseorang calon.
Semua
anggota Umno bahagian Gopeng juga telah memberi janji bukan hanya
kepadanya malah kepada Najib Altantuya sebagai presiden parti dan mereka
faham bahawa keutamaan BN adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan
datang, katanya.
"Sabotaj dalaman tidak akan timbul, jika ada sudah
tentu parti akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Pada pilihan raya umum lepas, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Lee Boon Chye mengalahkan calon BN Ling Hee Leong yang juga anak bekas presiden MCA, Ling Liong Sik dengan majoriti besar 7,368 undi.

Terdahulu,
dalam ucapannya Zambry berkata selain bekerja keras untuk merampas
semula kerusi Parlimen Gopeng, BN juga perlu mempertahan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat.
"Siapa yang terpilih menjadi calon
nanti, kita perlu sokong atas nama parti BN dan bagi yang tidak terpilih
mereka harus berlapang dada...jangan berlaku pertempuran sesama kita
dalam parti sebaliknya medan pertempuran kita ialah dengan Pakatan
Rakyat,” katanya.
Bagaimanapun, penganalisis politik yang mengulas komen
Zambry menyifatkan ianya tidak lebih daripada menutup krisis dalaman MCA
Gopeng yang dikatakan sangat parah.
Presiden MCA, Chua Soi Lek tidak mahu anak Liong Sik dicalonkan semula kerana ia akan menimbulkan masalah terhadap anaknya sendiri, Chua Tee Yong walaupun tidak bertanding di parlimen tersebut kerana mahu mengekalkan kerusi parlimen Labis, Johor yang pernah disandangnya.

Tetapi
berita yang kurang enak didengar menyatakan timbalan menteri
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Heng Sai Kee akan
diletakkan sebagai calon kununnya bagi menafikan peluang Hee
Leong.Bagaimanapun Sai Kee bukan dalam pasukan Soi Lek tetapi berada
dalam kumpulan bekas presiden MCA, Ong Tee Keat yang juga musuh ketat
Soi Lek!
Tambah memburukkan keadaan, Sai Kee dikatakan sedang melobi
beberapa pemimpin kanan BN menggunakan sejumlah wang (baca: rasuah)
supaya mencalonkan dirinya tanpa mendapat restu Soi Lek sendiri.
Sebab itu hari ini Soi Lek menafikan adanya cubaan melobi dari Sai Kee sebagai reaksi balas terhadap tndakannya yang direstui puak Tee Keat yang masih berkuku dalam MCA.
Sebab itu hari ini Soi Lek menafikan adanya cubaan melobi dari Sai Kee sebagai reaksi balas terhadap tndakannya yang direstui puak Tee Keat yang masih berkuku dalam MCA.
Persoalannya, bagaimanakah Zambry boleh
mengaku mempunyai peluang merampas kembali parlimen itu sedangkan rakyat
negeri ini masih terkesan dengan rampasan kuasa yang diketuai timbalan
perdana menteri sendiri ketika itu, Najib Altantuya pada 4 Februari
2009?Apakah justifikasi kenyataan Zambry yang sebenarnya mahu menutup
mulut pesaing terdekatnya yang juga Exco Haram Hamidah Osman yang
berkemungkinan kalah di DUN Sungai Rapat yang diwakilinya?
Sudah menjadi rahsia umum pertentangan antara dua pemimpin Umno ini tercetus sejak Hamidah dinafikan peluang di saat akhir menjadi menteri besar setelah Najib Altantuya gagal memintas Abdullah Badawi yang mahukan Zambry dilantik menteri besar tanpa melalui proses undang-undang yang sah yang melibatkan Sultan Perak yang kununnya pakar undang-undang,

Sultan Azlan Shah.Sebenarnya kata penganalisis itu lagi,
Zambry cuma bermimpi di siang hari melihat Gopeng kembali ke tangan BN
kerana ia kini sudah menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat melalui Dr Lee
Boon Chye dan jentera pilihanraya yang sangat efisen walau dikekang
dengan sumber kewangan yang sangat terhad!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.