Ribuan rakyat serbu Anwar di Rumah Terbuka KEADILAN Ampang
(Oleh Aisya Geoffrey)
KUALA LUMPUR 10 September: Hampir 10,000 rakyat menyerbu dan menyambut mesra ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Parlimen Ampang dan DUN Bukit Antarabangsa, malam tadi.
Pengunjung yang sedang menjamu selera serta merta bangun dan bertepuk tangan apabila melihat kelibat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa Ketua Pembangkang itu tepat jam 10.30 malam memasuki perkarangan tapak majlis.
Selain sesi bersalam-salaman bersama Anwar, rakyat yang hadir turut mengambil peluang bergambar dan melihat kesan simbahan cat merah pada bas tersebut.
Walaupun majlis dijadualkan tamat pada jam 11 malam, rakyat masih tidak berganjak dan menanti untuk mendengar ceramah Anwar.
Untuk tidak menghampakan pengunjung, Anwar turut menyampaikan ceramah selama sejam selepas membuat tindakan sama pada siri jelajah Merdeka Rakyat sebelum itu.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali merupakan tuan rumah bagi majlis yang berlangsung di Taman Kosas itu.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Adun Lembah Jaya, Khassim Aziz serta persembahan nyanyian oleh artis popular era 80-an, Dayangku Intan.
Ceramah Merdeka Rakyat itu diakhiri dengan persembahan lagu ‘Madu dan Racun’ nyanyian bersama Anwar dan rakyat tepat jam 12 tengah malam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.