KUALA
LUMPUR 12 September: Provokasi samseng Umno sebelum ini tidak
membantutkan program Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan perjalanannya ke
Johor Jumaat ini.
Seperti
biasa, bas jelajah akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama
lain-lain pimpinan KEADILAN turun padang bertemu rakyat sempena
sambutan Aidilfitri.
Program
kali ini dijadual dimulakan dengan solat Jumaat di Masjid Jamek
Tangkak, Ledang sebelum bergerak ke Rumah Terbuka di Pejabat KEADILAN
Ledang.
Anwar akan turut meraikan Majlis Rumah Terbuka di Muar dan Sri Gading.
Bermula jam 8 hingga 12 malam, Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat akan berlangsung di Sutera Mall, Skudai.
Pada majlis itu, Anwar bersama pimpinan utama KEADILAN akan menyampaikan ceramah.
Mereka
terbabit adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail;
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden
KEADILAN, Azmin Ali; Setiausaha, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan
Naib Presiden, Datuk Seri Chua Jui Meng.
Turut sama berucap Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Sungai Pinang, Teng Chang Kim.
Program jelajah itu dilancarkan pada 31 Ogos lalu dengan menyelusuri empat negeri termasuk Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.
Bagaimanapun,
usaha murni mendekati rakyat ini mendapat tentangan apabila berlaku
insiden baling batu dan simbah cat ke atas bas sewaktu konvoi berada di
Kota Bharu, Kelantan minggu lalu.
Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.
Pada
8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah
Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan melempar
plastik cat merah ke arah bas Merdeka Rakyat di Kampung Rim, Jasim,
Melaka
Warta Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.