Followers

Saturday, September 15, 2012

Polisi pendidikan tidak wajar ditentukan oleh ahli politik: Tun Musa Hitam

KUALA LUMPUR, — Tun Musa Hitam menegaskan polisi dan dasar pendidikan negara seharusnya tidak ditentukan oleh mana-mana ahli atau parti politik sebaliknya mahu ibu bapa, warga pendidik dan para pelajar sendiri yang memainkan peranan penting dalam isu tersebut.

Musa dalam majlis penutupan World Islamic Economy Forum (WIEF) Young Fellows 2012 di ibu kota hari ini turut berkata amalan tersebut hanya akan menyebabkan arah tuju dan matlamat negara tidak jelas dan samar.

“Polisi dan dasar pendidikan negara tidak sewajarnya ditentukan oleh mana-mana ahli atau parti politik kerana ia melibatkan masa depan negara.

“Jika berterusan begini dan tiada langkah drastik diambil, saya yakin masa depan negara akan gelap,” kata Musa tanpa merujuk mana-mana pihak.

Menurut bekas timbalan perdana menteri itu lagi, perancangan dan pelaksanaan polisi dan pendidikan harus melibatkan kesemua pihak khususnya tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.


--The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.