Kuala Terengganu - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab
melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang
disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt
Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima
laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu
lepas.
"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan
perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada
gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat
serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di
sini, hari ini.
Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian
sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang
kesemua suspek.
Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri
secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat
menghubungi balai polis berhampiran. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.