Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan
keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak
gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin
pembangkang.
Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.
"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.
"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.
hahahaha.....siasat berdasarkan laporan dibuat!!!!! yg aku tau, banyak jugak laporan yg dibuat oleh PAS & PR atas pelbagai isu....tapi banyak yg tak jalan... kalau puak umno buat laporan, belum tulis lagi...siasatan dah siap....
inilah undang-undang rimba.... siasat hanya jika ada laporan walaupun semua orang dah tahu kesalahan dilakukan. sebenarnya polis boleh buat laporan sendiri seperti dalam kes pegaduhan kaum di Taman Dato harun dan kes siti norhaliza diserang oleh peminatnya di johor bharu. polis sendiri yg buat aduan.
Setahu aku berpuluh report telah dibuat...malah dlm kes Sdr. LGE siap masuk berita lagi..Masalahnya disini..... sebenarnya polis tak bukak kertas siasatan . .so macam mana polis nak siasat......??????
Tindakan Polis Menggari Gadis Yang Menyerah Diri Dipertikaikan
Gadis Cina yang sekadar baru dikategorikan sebagai suspek sudah digari bila dibawa untuk dirakam percakapannya.
Inspektor
polis yang belasah pekerja hotel di Seremban, dengan bontot pistol
yang tersebar luas di Youtube dan internet apabila dibawa ke Mahkamah
dengan 6 pertuduhan jenayah, dan dibawa ke lokap polis sementara
menunggu jamin langsung tidak digari.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".
"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itu pun saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang.
Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa juga tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang.
"Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya.
Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan tindakan polis menggari itu mengikut prosedur.
Diasak lagi pemberita sama ada tindakan polis itu mengikut prosedur sekalipun gadis tersebut menyerah diri, Mohmad yang ditemui pemberita di rumah terbuka IPK KL di Pasar Seni berkata:
"Kita tengok. Sebab itu dalam peruntukkan undang-undang dia ada proses menangkap macam mana.
"Kalau tuan-tuan baca dalam Kanun Acara Jenayah, tengok macam macam proses tangkapan oleh pihak polis."
8 individu masih diburu
Sementara itu, Mohmad menjelaskan polis menggunakan peruntukan Akta Hasutan 1948 untuk menyiasat suspek itu kerana akta tersebut masih berkuat kuasa.
"Maknanya akta ini masih lagi berkuat kuasa. Jadi kita ada hak (untuk menggunakannya)... Peruntukan masih lagi sah untuk diguna pakai," katanya.
Mengulas perkembangan terkini berhubung baki suspek yang didakwa memijak gambar perdana menteri, Mohmad berkata pihaknya masih 'memburu' lapan lagi individu yang terlibat.
Manakala, setakat ini tangkapan yang dibuat masih lagi kekal seramai tiga orang dan mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan, tambahnya.
Sebanyak 238 laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.
laki shahrizat songlap duit lembu tak kena gari..khir toyo telan rasuah tak kena gari.. sakau duit pkfz pn tak kena gari..tp pijak gambar najib dah kena gari..ternyata polis juga sebahagian syaitan yg dikenali.. mmg PDRM ni perlu di BERSIHkan habis-habisan.. buang semua tali barut samseng dan mafia umno/apco dalam PDRM..
Yg salah mmg tetap salah,tp knape perlu ada layanan double standard? yang membongkar kes rasuah telah digari tetapi penjenayah rasuah dilayan seperti VVIP...sedih sy melihat gadis ini dan sudah pasti undi utk bn dari kaum cina akan menjunam teruk dlm pru 13 nanti..syabas PDRM kerana telah membantu perjuangan Pakatan Rakyat..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.