Followers

Wednesday, September 12, 2012

Petunjuk yang Umno BN bakal dikuburkan di Johor?

 Malaysiakini melaporkan:

Kira-kira 1,545 kubur orang Islam akan dipindah bagi memberi laluan kepada projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) serta Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang.

Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dalam satu kenyataan semalami berkata kedua-dua projek berkenaan terletak sekitar kawasan cadangan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

"Penduduk berkenaan menerusi perbincangan dengan agensi agama negeri telah bersetuju untuk menempat semula kubur berkenaan. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor telah mengadakan tiga sesi penerangan mengenai pemindahkan perkuburan Islam yang terlibat dengan projek berkenaan," katanya. - Mkini.

Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001

Kalau la benda macam ni terjadi di Kedah, Kelantan atau Selangor, tentu punya akan riuh satu Malaysia Umno punya spin.

Tentu punya tiap-tiap malam akan keluar dalam TV bermacam bentuk punya spin 'mengharamkan' tindakan ni.

Tentu berpuluh malah mungkin beratus report polis dibuat untuk tambah mensensasikan lagi berita ni.

Tentu punya segala NGO penchachai Umno BN yang berselindung di balik nama melayu dan Islam akan keriuu sakan.

Tapi, memandangkan episod ni terjadi di Johor, negeri kelahiran Umno dan ditambah pulak ada ramalan yang kata Umno BN akan menghadapi saat getir pada PRU13 nanti di Johor, berita sensasi macam ni nampak macam takdak nilai pada TV3, Bharian, Utusan dan yang sewaktu dengannya.

Tambah-tambah lagi la kalau benda macam ni berlaku di Pulau Pinang, tak mustahil boleh berlaku mini 13 Mei di Pulau Pinang angkara mainan aksi macam 'si anjing Umno'.

Aku taknak bercakap dari sudut hukum pasai aku mengaku memang jahil bab hukum, tapi dari segi kemanusiaan nampak tak berapa nak kena.

Kalau macam di Pulau Pinang, mungkin logik la pasai penduduk ramai dan pulak tu pun dah sesak tapi takkan di Johor pun macam tu jugak.

Takkan takdak tanah lain yang boleh dimajukan untuk projek Rapid tu sampai tanah kubur pun nak kena pi korek ubah.

Lagi satu, kalau nak jugak buat kat tapak tu, tak boleh ka buat plan integrasikan dengan tanah kubur tu, kat sebelah dia buat masjid atau surau.

Projek sebesar tu yang katanya melibatkan 22,500 ekar tanah dengan pelaburan 60billion dan katanya akan mengujudkan 4,000 pekerjaan tetap, tentu punya akan termasuk sekali kawasan perumahan. Takkan orang yang duduk dan bekerja di situ takdak orang Islam. Takkan depa tak mati?

Atau pun episod sampai tahap tapak kubur pun depa nak rampas ni semacam petunjuk yang Umno BN bakal di8kuburkan oleh rakyat Johor pada PRU13 nanti?

Jirat cina pun kena rupanya [sumber]

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/09/petunjuk-yang-umno-bn-bakal-dikuburkan.html#ixzz26FmC6Pl2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.