Nampaknya, Umno kian selesa kerana telah mendapat sokongan majoriti rakyat malam tadi, mengikut kata Najib-lah!
Puas
hati beno Najib dengan kehadiran yang begitu ramai tak kiralah yang
diarah ke, yang diupah ke, yang dibayar ke, yang diangkut ke, yang di
paksa ke... janji penuh stadium! Yahoo....majoriti rakyat bersama Najib
dan Rosmah Mansur! Suka benor rakyat di stadium bersama Rosmah
Mansor...ewah!!!
Maka itu dengan sokongan majoriti rakyat tersebut patutnya Najib dan Rosmah bubarlah parlimen cepat, esok ke, tunggu apa lagi?
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama putrajaya dikebas PR!!
Berita dipetik:
‘Majoriti rakyat’ di himpunan Janji Ditepati,
kata Najib
Ahmad
Fadli KC 1 Sept 2012.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Merdeka 55: Janji
Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rakyat majoriti yang
cintakan negara.
Beliau
menyifatkan demikian dalam ucapannya malam tadi dengan membandingkan para
hadirin ke perhimpunan tersebut dengan sejumlah 10,000 peserta Janji Demokrasi
yang berhimpun di tepi Dataran Merdeka pada Khamis malam.
"Malam ini malam majoriti rakyat yang menunjukkan semangat rakyat yang
cintakan negara.
"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini golongan majoriti yang berhimpun," katanya.
Beliau juga menyifatkan perhimpunan sebagai cukup hebat dan berjaya berjaya berbanding perhimpunan Janji Demokrasi.
"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini golongan majoriti yang berhimpun," katanya.
Beliau juga menyifatkan perhimpunan sebagai cukup hebat dan berjaya berjaya berbanding perhimpunan Janji Demokrasi.
"Malam ini lebih bertenaga dan berinspirasi (berbanding malam semalam).
'Pecah rekod Twitter'
"Malah, kalau saya guna istilah sempoi dan cool inilah gambaran
semangat yang dapat kita terapkan malam ini," katanya disambut tepukan
gemuruh hadirin dalam stadium dengan muatan hampir 90 ribu orang itu....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.