(Gamber Hiasan)
PADANG BESAR:
Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama
kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas
dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suspek juga disahkan positif mengambil dadah.
Suspek
yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang
berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah
isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
Difahamkan,
serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif
dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.
Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.
Sementara
itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya,
suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan
selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.