SATU cara je nak jatuhkan Anwar. Tidak payah susah-susah cari orang
sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar
fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak
perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke
dalam masjid.
Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar. Petua ini aku nak
ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu. Susah apa kalau
nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya? Nak cari jalan
jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar. Apa kekuatan dia?
Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani. Ertinya, kalau mahu
jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar. Berani bukan
bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah. Berani juga
bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar. Itu
bukan berani, itu bangang dan dayus.
Habis tu bagaimana? Tiada cara lain lagi untuk jatuhkan Anwar dari
politik. Caranya adalah seperti yang aku sebut tadi, iaitu kena ada
yang berani lebih dari Anwar. Negara kita dipimpin oleh Najib, dan
Presiden Umno pun Najib. Najib juga setiap malam menyalak menuduh Anwar
macam-macam kat TV dan akhbar. Oleh itu, semua ahli Umno terutamanya
dan rakyat negara ini amnya, ingin sangat melihat semua kejijikan
politik di negara ini berakhir segera iaitu dengan cara Najib kena lebih
berani dari Anwar atau paling kurang sama berani dengan Anwar.
Najib mesti berdepan dengan Anwar di atas satu pentas, manakala rakyat
akan melihat apakah Najib selama ini hanya berkokok hebat di depan TV
saja atau Anwar hanya berani bercakap di dalam ceramah sahaja. Anwar
telah mulakan langkah bagi membuktikan bahawa beliau memang dilahirkan
oleh ibunya sebagai anak jantan. Anwar telah beberapa kali mencabar
Najib berdepan. Kini, rakyat menunggu apakah Najib yang dilahirkan oleh
ibunya itu benar-benar jantan atau tidak?
Ada teman aku bertanya, mengapa Anwar tidak mahu berdebat dengan Umi
Hafilda, Ezam atau Nalla? Jawabnya mudah, Anwar pernah berkata dia
selaku Ketua Pembangkang bersedia berdebat dengan PM selaku Ketua
Kerajaan atas apa jua tajuk. Justeru itu, jika mahu Anwar berdebat
dengan Umi Hafilda, Ezam sesumpah atau Nalla, ahli-ahli Umno perlu pilih
salah seekor dari mereka untuk menjadi Presiden Umno, kemudiannya
berusahalah untuk tabalkan mereka jadi PM. Ketika itu, barulah kita
boleh melihat Ketua Pembangkang berdebat dengan Ketua Kerajaan. Selagi
ketiga-tiga mereka itu berada di kelas pencacai, mereka hanya layak
berdebat di kedai kopi dengan budak-budak atau petugas pasang bendera
dari PKR saja.
Sehubungan itu, Umno mesti berusaha memujuk dan merayu agar Najib untuk
kali pertamanya cubalah bersikap jantan. Pujuklah dia untuk berdebat
dengan Anwar. Ini semua penting untuk menentukan Anwar jatuh dari
persada politik. Sampai bila mahu baling kasut dan cat?
kasut pagi-pagi buta
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.