SHAH ALAM : Laporan isu penarikan diri pasukan beruniform
pada Sambutan Kemerdekaan ke 55 anjuran Kerajaan Negeri, malam semalam
akan dibentang oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamad
Khusrin Munawi minggu depan.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu
kenyataan memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sudah meminta Khusrin untuk menyemak isu berkenaan dan membentangkan
laporan penuh itu.
“Berhubung penarikan beberapa pasukan beruniform daripada acara
berkawad, setakat ini tiada sebab bertulis diberikan atas keputusan itu.
“Jadi Menteri Besar sudah meminta beliau menyemak seterusnya membentangkan laporan itu nanti,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga percaya beliau (Khusrin) dan ahli
jawatankuasa sudah membuat penelitian sepenuhnya terhadap senarai
tetamu serta mengikut protokol bagi acara terbabit.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada beliau dan ahli jawatankuasa
lain atas usaha gigih dan komitmen ditunjukkan dalam membuat persiapan
bagi acara berkenaan,” katanya.
MB Nafi Ketepikan Sultan, Ia Cuma Amalan Biasa - By Hafizan Taib
SHAH ALAM 31 OGOS : Kerajaan Negeri menafikan laporan media pro
Umno-BN, Utusan Malaysia yang menyatakan pentadbiran Selangor
mengenepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri
majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke -55 negara di Dataran Kemerdekaan
Shah Alam di sini malam tadi.
Sebaliknya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata
memang menjadi amalan dan kebiasaan Sultan Selangor tidak dijemput bagi
menghadiri majlis tersebut.
“Memang tiada dalam program menjemput Sultan. Memang biasa kita buat
macam ini setiap tahun. Itu sahaja,” katanya kepada pihak media selepas
menghadiri majlis bacaan Yassin dan Tahlil sempena Hari Kemerdekaan
serta solat sunat Jumaat di Masjid Negeri di sini hari ini.
Abdul Khalid turut menyangkal dakwaan akan kemurkaan Sultan Selangor
berhubung insiden itu sambil menjelaskan perkara tersebut tidak berlaku.
“Tidak ada…..tiada ada,” ujarnya.
Sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor malam tadi bertemakan
Sebangsa, Senegara, Sejiwa itu dihadiri lebih 10,000 hadirin.
Sementara itu, majlis bacaan Yassin dan Tahlil sempena Hari
Kemerdekaan serta solat sunat Jumaat di Masjid Negeri dianjurkan
Kerajaan Negeri hari ini dihadiri ramai rakyat Selangor dari pelbagai
lapisan masyarakat kerana Aidilfitri masih diraikan umat Islam.
Majlis tersebut turut dihadiri Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Husin; Pengarah Majlis Agama
Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Adun Negeri Selangor.
Tambahan pula hari ini adalah cuti umum sempena sambutan hari kemerdekaan negara.
Hadirin tidak melepaskan peluang berbaris di sepanjang laluan dilalui Sultan Selangor untuk berjabat salam dengan Tuanku.
Ternyata majlis mesra ini mengeratkan silaturrahim antara Sultan Selangor dan barisan pembesar negeri bersama rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.