Followers

Wednesday, September 26, 2012

TERKINI! SAKSI SKANDAL SCORPENE AKAN DPANGGIL TIDAK LAMA LAGI !


PANAS!!!!!!!!!!!!!!!!! WEDNESDAY, SEPTEMBER 26, 2012

TERKINI! SAKSI SKANDAL SCORPENE AKAN DPANGGIL TIDAK LAMA LAGI !

Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel memaklumkan bahawa tribunal kehakiman Perancis di Paris yang menyiasat skandal komisen pembelian kapal selam kelas Scorpene akan mula memanggil saksi-saksi yang disapina tidak lama lagi!

Cynthia berkata demikian ketika ditemui pada majlis khas mempertahankan NGO tersebut dari tekanan bermotif politik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pendftar Pertubuhan (ROS) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.

http://www.youtube.com/watch?v=wZyOwXl3zmo&feature=player_embedded

Beliau mendakwa pemimpin tertinggi Malaysia yang terasa bahang perkembangan siasatan kes berkenaan telah mula menyerang Suaram dengan tuduhan tidak masuk akal malah hampir setiap tahun dana yang diperolehi menerusi pihak luar sentiasa diaudit tanpa sebarang masalah.

Beliau turut mendakwa apa kaitan antara Suaram dengan ROS sedangkan NGO tersebut terang-terang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) melalui syarikatnya, Suara Inisiatf Sdn Bhd.

Dakwanya lagi, Suaram sebagai NGO kecil yang bertanggungjawab terhadap masyarakat awam sentiasa menekankan ketelusan dan kebenaran tanpa memihak kepada mana-mana fahaman politik.

Dipercayai perdana menteri, Najib Altantuya yang semakin tertekan dengan perkembangan terbaru ini mengarahkan agensi kerajaan menyerbu pejabat NGO tersebut di Petaling Jaya, Selangor tanpa sebab munasabah.

Malah, Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob sendiri turun padang menyiasat aktiviti Suaram seolah-olah telah melanggar undang-undang besar yang sebenarnya hanya mahu melindungi bosnya dari terus diserang.

Tindakan tidak bertamadun ini lebih kepada ugutan dan gertakan supaya Suaram menghentikan terus siasatan skandal pertahanan awam terbesar negara ini yang turut melibatkan beberapa pemimpin Umno termasuk bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Sapina pertama yang bakal diterima tidak lama lagi akan diserahkan kepada pengurus besar Perimekar Sdn Bhd yang juga rakan baik bekas penasihat Najib Altantuya, Jasbir Singh Chahl.

Antara saksi lain yang diminta oleh Suaram untuk dipanggil termasuklah Najib Altantuya sendiri, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi, bapa Altantuya Shaaribuu, Setev Shaaribuu dan bekas pemikir strategi Najib Altantuya, Razak Baginda.


JALAN PULANG
— with Lynia Francis Kamuntah and 65 others.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.