PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
keputusan Majlis Syura yang bersidang semalam menggembirakan kawan dan mengecewakan lawan.
Majlis Syura PAS semalam memutuskan untuk tidak membincangkan kedudukan Nasharudin kerana tiada isu berbangkit serta tiada sebarang keperluan untuk membincangkannya. Nasha kekal sebagai anggota Majlis Syura dan tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap beliau.
Pada 14 Ogos lalu, Nasharudin menggesa kepimpinan PAS menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.
Menurut Nasharudin, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan PAS ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas tersebut.- FMT
“Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS. Kami (ahli Majlis Syura) telah memutuskan mengenai perkara ini dan kita perlu menerimanya serta bersetuju untuk hanya Presiden sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komen.Ditanya mengenai ada situasi pilih kasih dalam kes Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu, Tuan Ibrahim menyatakan, keputusan telah dibuat secara perbincangan dan situasi Nasharudin juga tidak sama seperti kes Datuk Hasan Ali.
“Hasan telah diberikan amaran bertulis dan pemecatannya dibuat mengikut prosedur. Situasinya jauh berbeza dengan Nasharudin.”,katanya.Mesyuarat semalam telah dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din setelah Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggalkan mesyuarat itu setelah 20 minit bersidang kerana dipercayai kurang sihat.
Majlis Syura PAS semalam memutuskan untuk tidak membincangkan kedudukan Nasharudin kerana tiada isu berbangkit serta tiada sebarang keperluan untuk membincangkannya. Nasha kekal sebagai anggota Majlis Syura dan tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap beliau.
Pada 14 Ogos lalu, Nasharudin menggesa kepimpinan PAS menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.
Menurut Nasharudin, perkara itu wajar diberi perhatian serius pucuk pimpinan PAS ekoran timbulnya keresahan di kalangan penyokong di peringkat akar umbi selepas DAP dan Karpal berterusan menolak asas perjuangan Pas tersebut.- FMT
Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.