Malam
kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini.
Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu
politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas pegawai
tinggi polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan.
Pegawai
polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis
Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah
memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu
tidak mengambil tindakan waktu ini.
Najib,
katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham
kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu
untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau
perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap
membantu Najib?
Bukankah
dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang
yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu
benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini.
Kalau
kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri
menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.