Semenjak
pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu
cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.
Namun,
di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara
pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas
dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta
Keterangan.
Susulan
kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web,
Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan
mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang
menimbulkan kontroversi itu.
Sehari
kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa
ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana
menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.
Malaysiakini difahamkan
bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin
Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin
berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan
pindaan akta tersebut.
Mesyuarat
pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga
pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan
kerajaan.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan
perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang
ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada
28 Ogos.
Walaupun
dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September
memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya,
Perkara
ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut,
namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan.
Menteri
undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri
berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan
tersebut kepada Saifuddin dan Gan.
Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan.
Menurut
sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai
bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang
yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada
George Kent (Malaysia) Bhd.
PKR
menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan
bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek
tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent.
Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib.
Ketika
dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab
mendedahkan skandal itu berkata, identiti individu yang menghantar
dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui.
Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat.
"Kesemua
dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak
menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang
menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi - Malaysiakini
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.