Mana PERKASA?, yang kononnya berjuang untuk orang Melayu?
Mana Raja-Raja Melayu?,
yang difahamkan kononnya menjadi payung kesejahteraan rakyat? Apa yang
saya nampak, apa yang saya faham, kesemua raja-raja Melayu dipayungi
kemewahan hasil daripada cukai yang dibayar olih rakyat jelata!
SEREMBAN
(Negeri Sembilan): Sepasang suami isteri di Taman Seri Telawi, Paroi,
di sini, buntu menghitung nasib diri apabila mereka terpaksa merempat di
tempat cucian kereta kerana rumah mereka dilelong tiga minggu lalu.
Cik
Rosmazura Abd Samad, 42 tahun, bersama suaminya yang uzur, Encik
Dahalan Ahmad, 65 tahun, diarah keluar daripada rumah mereka selepas tidak mampu membayar ansuran bulanan RM700 kepada bank.
"Memang
sudah berbulan-bulan kami tidak mampu membayar sewa menyebabkan bank
menghalau kami keluar daripada rumah teres yang mahu dilelongnya itu.
"Kami
diberitahu rumah itu sudah dibeli dan terpaksa mengangkut semua barang
serta pakaian ke tempat cuci kereta ini, yang sudah dianggap seperti
rumah," kata beliau ketika ditemui di sini Jumaat lalu.
Beliau,
yang berkahwin dengan suaminya hampir enam tahun lalu, tidak menyangka
nasib mereka seburuk itu sehingga terpaksa merempat dan tidur dalam
keadaan atap bocor.
"Sudah nasib kami begini. Suami pula disahkan menghidap paru-paru berair awal Ramadan lalu dan tidak mampu bekerja lagi.
"Saya
masih kuat bekerja, tetapi mengenangkan suami sakit dan sentiasa
memerlukan bantuan, saya terpaksa menjaganya," kata beliau.
Lebih menyedihkan, dua anak perempuannya bersama suami pertama
yang berusia 14 dan 15 tahun terpaksa ditempatkan di rumah adiknya di
kawasan berhampiran berikutan tiada ruang untuk tidur di tempat cucian
kereta itu.
"Lagipun tidak elok anak gadis tidur dalam keadaan terbuka begini. Memikirkan nasib mereka saya menangis.
"Hidup kami juga mengharapkan belas ihsan adik untuk makan," katanya lagi.
Cik
Rosmazura berkata 'rumahnya' yang dalam keadaan terbuka itu telah
memberi peluang kepada penyamun mencuri dapur dan tong gasnya.
"Sudahlah hidup dalam keadaan daif, peralatan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas dicuri pencari besi buruk.
"Kami
sekeluarga tidak mampu beraya seperti orang lain dan tiada sebarang
persiapan dilakukan, berikutan tempat cucian kereta kepunyaan suami
tidak mampu lagi diusahakan kerana tiada elektrik dan air," katanya.
Cik
Rosmazura terpaksa menyimpan pakaian dalam kereta dan sehingga hujung
bulan ini mengharapkan belas ihsan tuan rumah yang membeli rumah mereka
agar mendapatkan air dan elektrik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.