Sesudah mengeluarkan kenyataan kontroversi 'syaitan yang dikenali' di
blognya yang merujuk kepada Umno beberapa minggu lalu, hari ini satu
lagi kenyataan berunsur kontroversi sekali lagi dilemparkan terhadap
Perdana Menteri, Najib Altantuya!Tertekan dengan perkembangan politik
yang tidak memihak Umno disebabkan kepimpinan Najib Altantuya yang lemah
memaksa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan
yang secara halus ditujukan kepada perdana menteri keenam itu.
Mahathir hari ini bersetuju bahawa keadaan di jalanan di Malaysia hari
ini lebih berbahaya dan melabelkannya sebagai "fenomena baru” yang perlu
diselesaikan oleh kerajaan dengan membelanjakan lebih banyak
peruntukan.
Perdana menteri paling lama memerintah dalam sejarah negara
itu mengatakan sudah dapat dilaksanakan di mana orang ramai bergantung
seratus peratus kepada polis untuk mencegah jenayah walaupun beliau
mengiktiraf langkah kerajaan untuk menambah anggota keselamatan untuk
menjamin keselamatan keadaan jalanan.
“Saya rasa isu keselamatan adalah
masalah di Malaysia sekarang...
Akan tetapi kita perlu ada kajian
terperinci untuk mendapat kepastian tentang itu.
“Kita perlu
membelanjakan lebih banyak wang untuk berhadapan dengan sesuatu yang
sudah menjadi “fenomena baru", kata beliau semasa sesi soal jawab dalam
Forum CEO 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.
Sebab itulah Mahathir
hanya berani meramalkan BN akan 'memenangi' pilihanraya umum akan
datang, tetapi tidak pasti sama ada ia akan menang dengan majoriti yang
meyakinkan.
Dalam ucapannya Mahathir berkata senario ini bermakna status
quo kerajaan persekutuan akan kekal lemah dan ini akan menjejaskan
pembangunan dan keadaan tidak stabil ini tidak baik untuk
perniagaan.
Menurutnya, kerajaan sekarang hanya mempunyai kelebihan 30
kerusi yang akan dianggap lemah kerana perubahan lebih daripada 15 ahli
Parlimen akan mengakibatkan kerajaan tumbang secara automatik.
Majoriti
mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan adalah 112 kerusi dan majoriti
dua pertiga pula, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat perlu
memperolehi 148 kerusi daripada 222 kerusi keseluruhan.
Spekulasi terbaru
muncul awal minggu ini berdasarkan maklumat dalaman Umno sendiri yang
mendakwa Mahathir, bekas menteri kewangan yang juga Pengerusi Angkatan
Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah dan timbalan perdana
menteri, Muhyiddin Yassin sedang merencana proses peralihan kuasa
sebelum pilihanraya umum ke-13.
Menurut sumber yang tidak mahu
didedahkan, ketiga-tiga pemimpin Umno ini mahu Najib Altantuya
disingkirkan dan digantikan oleh Muhyiddin selaku perdana menteri
sementara sebelum pembubaran parlimen.
Sekiranya Muhyiddin gagal untuk
melaksanakan tugasnya seperti yang ditetapkan, pilihan kedua adalah
berkemungkinan Mahathir akan keluar dari persaraan dan kembali dilantik
menjadi perdana menteri dengan syarat bertanding dalam mana-mana kerusi
parlimen dalam pilihanraya kecil sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali
mendapat mandat membentuk kerajaan persekutuan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.