Followers

Sunday, September 23, 2012

Lim Guan Eng Cadang Nama Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee!




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencadangkan agar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee, Pulau Pinang sempena nama kelahiran tokoh seni tersohor tanah air.

Lim mencadangkan perkara tersebut dalam laman Facebooknya menerusi satu kenyataan akhbar ringkas yang diterbitkan sebentar tadi.

P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di negeri ini pada 22 Mac 1929 dan mencipta nama sebagai tokoh perfileman Melayu terunggul pada zaman kegemilangannya.

Tambah Lim Lagi, memandangkan P Ramlee telah berjaya membawa nama Malaysia masyhur di mata dunia, adalah wajar nama beliau terukir pula di pentas antarabangsa seperti lapangan terbang yang berkait rapat dengan pentas dunia.

Beliau menggesa kerajaan persekutuan menimbangkan cadangan kerajaan negeri tersebut kerana P Ramlee merupakan anak jati negeri ini yang sudah banyak berjasa mengangkat karya perfileman dan muzik Melayu ke persada dunia sepanjang hayatnya.

P Ramlee meninggal dunia di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun akibat sakit jantung.

JALAN PULANG



Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23.9.2012.

Mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee Demi Mengenangkan Jasa Seniman Terunggul Ini Dan Menggalakkan Mutu Kerja Pembesaran  Bertaraf Antarabangsa. 

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini.

Masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia. 
 
P. Ramlee pernah dipilih pelakon terbaik Asia. Memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM 250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang. 
 
Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut.

Adalah diharapkan pihak berkuasa Kerajaan perseketuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. 
 
Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak.

 
YAB LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.