Followers

Thursday, September 13, 2012

Korupsi sudah terlalu parah ; untuk dapat Geran bantuan PM juga libat bayaran komisyen RM 200,000

KORUPSI SUDAH MEMBARAH ; GERAN BANTUAN PERDANA MENTERI LIBAT BAYARAN 'KOMISYEN' RM200,000 KEPADA ORANG TENGAH

che'Gubard semalam 12 September 2012 telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai 'komisyen'.


Set dokumen ini mengandungi :


  • surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
  •  
  • surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan
  •  
  • minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40 % dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.
  •  
  • dilampirkan juga penyata kira - kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
  •  
  • beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri.
  •  
  • pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.
Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che'GuBard di N.Tebal, P.Pinang. 
 
Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. 
 
Untuk mendapatkan peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. 
 
Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya :

  • pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ?
  • siapa pemimpin Bn yang disebut ?
  • syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ?
Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. 
 
Malaysia sudah terlalu parah nampaknya.
 
Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. 
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.


Sekian.


che'GuBard

Penyelaras SAMM Kebangsaan


eMail : chegubard@gmail.com

blog :   http://chegubard.blogspot.com

twitter : www.twitter.com/chegubard

Fan Page FB : www.facebook.com/pages/CheGuBard

Laman rasmi : www.anakmudamalaysia.com

SAMM FB : http://www.facebook.com/pages/Solidariti-Anak-Muda-Malaysia


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.