Followers

Saturday, September 15, 2012

JAWAPAN KEPADA ANAK MAHAFIRAUN

  KOMENTAR TUKAR TIUB
 

patutlah anak mahfiraun nak tahu
selama ini anak mahafiraun
yang jadi kaya raya kerana
dapat rembat ap

MAHFIRAUN
JAWAPAN KEPADA DATUK MUKHRIZ: MEMAHAMI HARGA KERETA


Saya mengalu-alukan maklumbalas Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan Ketua Pemuda Umno yang akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika BN menang pilihanraya akan datang. 


Dalam banyak-banyak kepayahan ekonomi yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal.

Datuk Mukhriz bertanya satu soalan mudah kepada saya: bagaimana mungkin harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi?

Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan. 


Bila beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak faham.

Oleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Untuk memahami apa langkah yang wajar diambil untuk menurunkan harga kereta, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah komponen-komponen kos yang dibayar oleh rakyat apabila dia membeli sebuah kereta.

Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. 


Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.

Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada 2 komponen kos tambahan. 


Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30% dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang rapat dengan pemerintah. Oleh kerana tekanan dari rakyat yang berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP.

Namun, kos lesen AP telah dimanuipulasi dan digunakan untuk mengaut untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung tinggi. Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman YB Tony Pua membeli sebuah kereta import.

Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke menggunakan lesen AP yang beliau perolehi sebagai seorang ahli parlimen. 


RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal. Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85%, cukai jualan 10% dan duti import sebanyak 30%.

YB Tony Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000 untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.

Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.

Walau bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta. 


Lagipun, hanya 10% dari kereta yang dijual setiap tahun diimport menggunakan AP; bakinya adalah kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang tinggi.

Justeru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika dibandingkan dengan harga di negara lain. 


Oleh kerana duti eksais dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia atau diimport.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali kepada contoh YB Tony Pua membeli keretanya. 


Jika dia mengimport keretanya selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM50,000 iaitu kos kereta, penghantaran dan cukai jualan sebanyak 10%.

Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta itu. 


Oleh kerana Nissan Juke adalah sebuah kereta kecil yang tidak memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk sebuah Lamborghini yang memakan minyak besar misalnya, harga bidaan bermula dari RM30,000).

Sudah tentu YB Tony Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu. 


Jika belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan.

Inilah bahagian yang Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang memalukan beliau dan kementerian.

Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya tersekat di tangan orang tengah. 


Hasil ini akan digunakan untuk menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta terlalu tinggi di Malaysia.

Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50% walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka, kerana sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka). 


Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.

Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.

Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Datuk Mukhriz kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan perdagangan antarabangsa.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR.



TUKAR TIUB

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.