Followers

Saturday, September 15, 2012

Gerakan selamatkan negara perlu disegera !!

Kim Jung Woo's photo.


Yaakub Dasan,


BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA BONGKAR PENYELEWENGAN UMNO/BN !!
 
Gerakan selamatkan negara perlu disegera

Yaakub Dasan,
05 Sep 2012

RANTAU PANJANG: Negara perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan lebih banyak penyelewengan dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan rakyat negara ini.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, antara penyelewengan yang dikesan penglibatan Bank Negara dalam spekulasi mata wang menyebabkan kerugian RM30 bilion.

Selain itu kerajaan BN menggadaikan lebih separuh daripada jumlah tiga juta ekar tanah rizab Melayu.

“Begitu juga wang yang dibawa keluar dan disimpan di negara asing berjumlah RM1.08 trilion dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini,” katanya pada Ceramah Merdeka di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Pengerusi Mara, Datuk Tamrin Ghafar, bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd Sobri Shafii, Yang Dipertua (YDP) PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Penerangan, Abul Aziz Yunus.


Orang ramai memenuhi perkarangan markas tersebut yang terletak di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.

Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mendedahkan silap urus tadbir Bumiputra Malaysia Fincance (BMF) di Hong Kong pada 1980-an menyebabkan negara kehilangan ratusan juta ringgit.


Oleh itu kata beliau gerakan menyelamat perlu disegerakan sekiranya rakyat benar-benar mahukan negara ini selamat.

“Dengan adanya kesedaran rakyat bagi menyelamatkan situasi tersebut peluang Pakatan Rakyat untuk menang semakin hampir,” katanya sambil disambut laungan boleh oleh orang ramai.


Begitu juga katanya potensi di Negeri Sembilan diyakini peluang mendapat majoriti mudah semakin cerah daripada jumlah 36 kerusi Dun.

Sementara itu Tamrin mendedahkan beliau meninggalkan Umno kerana memikirkan keadaan di Padang Mahsyar kelak akan terbeban sekiranya terus bersekongkol dengan kerajaan yang menyeleweng.


“Saya masuk PAS bukan kerana nak cari makan, tetapi takut disoal oleh malaikat kenapa masih sokong Umno sedangkan kita tahu kerajaan BN menyeleweng,” katanya.

http://harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12940-gerakan-selamatkan-negara-perlu-disegera
 
 

Sejarah yang digelapkan : Mahathir dan Daim pernah bangkrapkan Bank Negara


Oleh: Dr. Rosli Yaakob.
(Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia
)

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. 
 
Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. 
 
Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. 
 
Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha.
 
Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. 
 
 
Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan.

Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. 
 
Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. 
 
Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.


Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran.  
 
Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.

Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAnwar Ibrahim dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - “nasi telah menjadi bubur.” 
 
Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau “memecatGabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. 
 
Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.

Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.


Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah Tun Mahathir dan Tun Daim  dan “kerja kotor” diserahkan kepada Tan Sri Jaafar Hussein dan Nor Mohamad Yakcob untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.


Baca sepenuhnya tulisan panjang lebar Dr. Rosli Yaakob, bekas Timbalan Gabenor Negara berkenaan isu ni di
Harakahdaily
 

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/sejarah-yang-digelapkan-dr-mahathir-dan.html#ixzz26SdcYmGq

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.