Sebentar tadi, iaitu pada jam 10 malam.. Addin berkesempatan
menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri
Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali.
Dalam bual bicara
Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali.
Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang
perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam
adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu.
Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa.
Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan
bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif
bangsa Melayu itu sendiri.
Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan
bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. Apapun pertembungan
Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas..
Gambar ~pejuang rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.