Debat
antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak perlu
diteruskan kerana ia merupakan langkah terbaik meleraikan kecelaruan
politik semasa, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.
“Namun
demikian, kita amat kecewa kerana Najib bersungguh-sungguh ingin
mengelak ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh,” katanya
dalam satu kenyataan.
Beliau
mengulas insiden provokasi oleh pendesak Melayu Perkasa di Masjid
Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Ahad lalu ketika Anwar
menyampaikan tazkirah.
“Tindakan
agresif dan ganas mereka semasa Anwar sedang menyampaikan tazkirah
ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam,” tegasnya.
Pengerusi
KEADILAN Perak itu berkata, provokasi tersebut merupakan rentetan dari
siri politik ganas samseng Umno, sebagai manifestasi dari tekanan dan
kekecewaan apabila menyedari mereka gagal menyekat sokongan rakyat
kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.
“Keputusan
PRU-12 yang lalu benar-benar mengejutkan Umno. Lantaran begitu
tertekan, mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, hinggakan
pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan
Putrajaya dengan apa cara sekalipun,” jelasnya.
“Demi mencapai matlamat ini, Perkasa salah satu instrumen yang digunakan,” kata Muhammad Nur.
Beliau berkata, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah.
“Justeru,
kita menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para
pendokong Umno dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela
rakyat secara secara sihat, matang dan bertamadun,” katanya.
KEADILAN
juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan negara turut memberi
sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalan budaya politik
aras tinggi.
“Justeru,
kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan
drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang
berleluasa,” kata beliau. - keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.