KUALA LUMPUR 17 September: Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah
melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat,
kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB),
Nordin Mahmud.
Wayang Muhyiddin untuk mendapat perhatian murid sekolahIa
berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri
Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di
10,000 sekolah seluruh negara.
“Murid-murid diperalat atas nama program
pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini
bagi mengaut kekayaan.
Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan
kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini?
Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian
pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri.
Semua ini wayang,” katanya.“Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).
Hanya
setahun lepas guna, (komputer riba) rosak,” katanya ketika dihubungi.
Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka
melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid
akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya
menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.
Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan
mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti,
mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan
tersebut.
Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah
maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan
tersebut.“Kita takut hal (kerugian) ini berulang.
Apa yang dirancang
Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah
berlaku pada dasar PPSMI,” tegasnya. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.