Sumber KeadilanDaily
Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana dan Geran Industri Kreatif sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.
“Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat?
“Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut.
“Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu,”
katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi.
Semasa pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif
berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan
drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.
Buddhi Hekayat bidas Zed Zaidi
Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan
golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan
kerajaan.
“Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ianya
bukan isu pokok, isu pokoknya ialah perjuangan dapatkan keadilan &
hak-hak golongan artis,” kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu
Awan Nano ini.
“Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya
seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak
persoalkan?,” katanya.
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.