Begitulah gayanya
kepimpinan parti yang kian terhakis pengaruh dan semakin hilang punca.
Entah mana satu yang betul, tak tak tahulah.
Namun Adnan Mansor
ingatkan ahli-ahli Umno agar hati-hati dengan 'bisikan pembangkang'.
Aik? Bisikan pembangkang (PAS, PKR & DAP) pun takut?
Yang sepatutnya
diingatkan kepada ahli-ahli Umno yang berugama Islam ialah 'hati-hati
dengan bisikan syaitan walaupun bisikan syaitan yang dikenali' kerana
hakikatnya tidak ada makhluk dari spesis syaitan yang mendorong manusia
ke syurga, melainkan menghasut ke neraka!
Justru itu, hati-hati
malah lebih baik ahli-ahli Umno, putera dan puteri tinggallah Umno/Bn
segera! Dengarlah bisikan pembangkang ini untuk bersama-sama Pakatan
Rakyat membuat perubahan dalam PRU 13 dan hati-hati bisikan 'syaithon
yang dikenali'!
Berita dipetik:
‘Hati-hati bisikan pembangkang’
16 September 2012.
SHAH ALAM – Ahli Umno diingatkan supaya berhati-hati dengan ‘bisikan
pembangkang’ kerana dikhuatiri boleh menjatuhkan parti dan Barisan Nasional
(BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,
ahli juga perlu bersatu hati mengelak pelbagai ‘penyakit’ yang boleh
menggugat BN.
“Kita juga mesti berhati-hati kerana bisikan pembangkang terutama Pemuda dan
Puteri (Umno). Sama ada kita ahli Umno, MIC, MCA, Gerakan atau Parti Progresif
Rakyat (PPP) jangan bergaduh sesama sendiri.
Berhentilah jika sayang parti,”
katanya ketika berucap merasmikan penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Kapar 2012, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.