Kenyataan Zahid ini membuktikan bahawa Umnoi Sabah memang sedang bergolak sekarang.walaupun dinafikan oleh pimpinan Umno Sabah.
Jelas
sekali perkembangan di Sabah benar-benar merimaskan Ah Jib Gor dan
pimpinan Umno yang sedang berkira-kira untuk membubarkan parlimen pada
September ini.
Jika pergolakan ini semakin hebat maka sudah tentu
parlimen tidak jadi dibubarkan pada September.
"Saya tidak mahu menganalisis apa yang berlaku, tapi kita perlu ambil iktibar.

Saya harap
sokongan rakyat Sabah terhadap Umno tidak rapuh sebaliknya terus
kukuh," kata Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, selepas
menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementah di ibunegara
semalam, lapor Malaysiakini.
Sabtu lepas, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan berundur daripada jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan Lajim sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Ahmad Zahid juga berkata Umno Sabah perlu melakukan pelbagai usaha untuk memperkukuh akar umbi parti dan berharap isu peletakan jawatan Lajim dan Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran, yang keluar daripada BN hujung minggu lepas, tidak mematahkan semangat penyokong parti itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.