Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberi tempoh seminggu kepada
Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin untuk membuat penjelasan
mengenai sebuah syarikat yang memasukkan cek bernilai RM80,000 ke akaun
beliau.
Cek tersebut didakwa sebagai rasuah bagi melanjutkan kontrak sebuah Syarikat Bumiputera dalam Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata,
sekiranya Awang Adek tidak memberikan sebarang respon berhubung tuduhan
tersebut, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan.
"Kita beri Awang Adek seminggu untuk menafikan dokumen yang kita perolehi ini sebagai palsu atau tidak benar.
"Jika tidak kita akan mempertimbangkan untuk tindakan selanjutnya dan
bawa perkara ini kepada SPRM untuk siasat," katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu
dimasukkan ke dalam akaun Awang Adek ketika beliau menjadi Pengerusi
SJJB pada tahun 2010.
Pertengahan Julai lalu, DPPP mendakwa Awang Adek pernah menerima dua cek
bernilai RM80,000 sebagai dorongan untuk melanjutkan kontrak pengurusan
kemudahan di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral oleh Syarikat
Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd. (AMPM).
DPPP mendakwa cek tersebut diberi sebagai dorongan bagi melanjutkan
kontrak penyelenggaraan kedua-dua bangunan daripada lima tahun bagi
Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral daripada 3 tahun 5 bulan kepada
10 tahun.
Mengulas lanjut, Khairul Faizi yang juga Ketua Pemuda PAS Johor mendakwa
pihaknya memiliki dokumen serta surat permohonan lanjutan kontrak
penyelenggaraan syarikat AMPM yang dihantar kepada Awang Adek.
"Surat permohonan lanjutan kontrak itu dihantar pada 6 Disember 2010 dan
tarikh cek dikeluarkan juga pada tarikh yang sama. Selepas itu kita
dapat maklumat satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB diadakan pada
25 Ogos 2011, keputusannya mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan kontrak
kedua-dua bangunan kepada 10 tahun pada syarikat yang sama.
"Pemuda PAS ingin tahu adakah cek ini sebagai dorongan untuk memudahkan
mereka (AMPM) mendapat perlanjutan kontrak? Sebab itu kita minta Awang
Adek tampil menjawab atau menafikan dakwaan itu sekiranya ia tidak
benar," katanya.
Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan DPPP, Nik Abduh Nik Aziz,
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan Exconya
Nurul Islam.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.