Followers

Wednesday, August 8, 2012

Ubah Sebelum Parah - Ubah Demi Maruah !!


Baru tamat sekolah, kereta pertama yang dimiliki kancil, sebab gaji kecil terpaksalah beli kereta kancil. Saya sebenarnya mahu beli kereta 2nd hand, tetapi orang tua cakap janganlah pakai 2nd hand. 
 
Harga kancil pada masa itu kurang lebih RM30,000 sahaja... bayar Ansuran pertama RM3000, terus bayar bulan RM427 selama 7 tahun (ansuran RHB). Jadi habis bayar sebenarnya kita dah bayar kurang lebih RM
40,000, termasuk faedah yang dipungut oleh Bank RHB.

Pada mula saya beli, saya kira masih OK, harga minyak pada waktu itu cuma RM1.10 seliter... tetapi tiba2 harga minyak naik mendadak sehingga hampir RM2 seliter.. 
 
Kos Hidup, Kos barangan semua naik, makanya terpaksa juga pergi memohon Personal Loan (Masuk ke Zaman PAK LAH dah...

Sampai sekarang kereta kancil ku telah rosak banyak kali, sana rosak sini rosak... kos pengendalian kurang lebih RM8000 hingga RM10000 (termasuk tukar tayar baru selama 8 tahun ini...

Sampai ke tahun 2011 saya berkenalan dengan 1 ah moi DAP, saya agak suka dia.. saya kerana terlalu suka dia.. saya bilang mahu kahwin.. dia itu masih muda, dia percaya juga kata2 aku.. akhirnya tiba2 dia tak faham saya ada masalah kewangan.. dia sendiri juga ada masalah peribadi sendiri. akhirnya, cinta ini berakhir dengan sebuah perpisahan yg agak sedih...

Gaji saya sekarang? Gaji saya walaupun dah naik gaji 13% iaitu tidak memadai utk kahwin... Naik pangkat macam mana pula? 
 
Sistem Naik Pangkat kerajaan BE END ada pelik sedikit.. Yang orang yang malas, tak pandai kerja juga naik pangkat... Saya ketawakan dan mempersoalkan Transformasi kerajaan BE END.

Dan, tahukah anda semua, sebenarnya harga sebuah MYVI cuma RM24,000 sahaja (kalau tanpa cukai eksais yang bodoh daripada BE END) 
 
Andaikan saya beli MYVI yang cuma berharga RM24,000, mana ada masalah kereta kancil saya sering masuk ke dalam bengkel kereta?

*************
Saya tiada pilihan lain lagi... selain daripada mencurahkan harapan saya kepada Pakatan Rakyat.. Berubah sebelum PARAH...

Akhirnya, saya mahu bilang kisah ini adalah sebuah KISAH BENAR yang berlaku di Malaysia... Terus penulis cerpen ini masih hidup lagi sebagai seorang rakyat Malaysia yang tertindas oleh kebijaksanaan pemerintahan BE END.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.