'Janji Ditepati' diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia?
Melodi lagu “Janji Ditepati” yang dipilih sebagai lagu tema sambutan
Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan
perkara positif masa kini.
Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.
Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi dengan gergasi Asia Tenggara itu.
Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu “Janji Ditepati” akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahwa melodi lagu “Janji Ditepati” menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk “Serukan Namanya”.
Lirik “Janji Ditepati” ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.
“Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,” kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.
“Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.
“Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan,” katanya lagi.
Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.
Klip video lagu “Janji Ditepati” dan “Serukan Namanya” telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular dikalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.
“Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu ‘Janji Ditepati’nya sama style dengan lagu ni,” kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.
Lagu “Serukan Namanya” dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, “All Things New”.
“Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia,” kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. “Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!”
Apa macam dengan Hasan Ali Jati, Braheng Perkasa dan Zul Kulim dengan dakwaan di atas?Takkan senyapja?.Demo la tunggu apa lagi!
Negara kita buat logo sambut hari merdeka macam taik hasil kerja grafiknya.Langsung tak ada kualiti.Mangkuk hayun mana punya kerja.Apa Janji Ditepati?Janji kena gari ada la .
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.